BN Selangor Anjur Karnival Sayangi Selangor- Chap Goh Mei 23 Feb Ini



Barisan Nasional Selangor berasa amat teruja dan berpuas hati dengan sokongan begitu ramai rakyat Selangor sempena Karnival Sayangi Selangor pada awal tahun tempoh hari.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, bagi meraikan kepelbagaian kaum yang ada di Selangor, BN Selangor berbesar hati untuk mengadakan Karnival Sayangi Selangor – Chap Goh Mei pada 23 Februari bertempat I-City, Shah Alam.

“Program ini akan bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 12 tengah malam. Ianya juga akan diserikan dengan Persembahan Bunga Api tepat jam 12 tengahmalam itu.

Selain itu, 1,000 tiket percuma akan turut diberikan kepada pengunjung untuk mengunjungi Water World pada 23 Februari. Tiket boleh didapati secara online di laman I-City.

BN Selangor  mensasarkan 100,000 pengunjung pada malam tersebut dari pelbagai kaum terutamanya masyarakat Cina di Selangor ini,” ujarnya yang juga Setiausaha UMNO Negeri Selangor.

Tambahnya, Karnival Sayangi Selangor dilihat telah menjadi satu jenama yang dinanti-nantikan oleh penduduk Selangor.

“Barisan Nasional Selangor percaya Karnival Sayangi Selangor- Chap Goh Mei ini akan menarik sokongan dari Pengundi Cina terutamanya malah atas semangat 1 Malaysia, Karnival seperti ini akan sentiasa diadakan pada perayaan-perayaan utama kaum di Malaysia dengan pengisian yang bersesuaian,” ujarnya lagi.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment