BR1M 2.0 Dapat Sambutan Baik Dari Masyarakat- Johan







Pelbagai lapisan masyarakat menyambut baik usaha kerajaan persekutuan meneruskan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 dengan turut melibatkan individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima RM250.

Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz berkata, rata-rata penerima menyifatkan usaha kerajaan itu ternyata berjaya membantu meringankan beban kewangan rakyat terutamanya golongan miskin.

"Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, khususnya di kawasan membangun seperti di Hulu Langat ini, penduduk memang menghargai dan mengalu-alukan BR1M kerana ia amat membantu di dalam meringankan beban kehidupan mereka.

Setiap tahun kerajaan mengeluarkan belanja besar menerusi pemberian subsidi terhadap barangan keperluan rakyat seperti minyak kenderaan, makanan dan lain-lain, di dalam usaha meringankan beban rakyat.

BR1M, pemberian subsidi dan program lain adalah bukti komitmen berterusan kerajaan untuk membantu rakyat. Usaha kerajaan tidak terhenti setakat ini, malah akan berusaha lebih keras lagi untuk membantu rakyat," ujarnya selepas menyampaikan kopun BR1M di SMK Bandar Rinching, semalam.

Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan menerusi BR1M 2.0 dengan individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan akan menerima RM250.

BR1M 2.0 adalah susulan kepada BR1M sebelum ini yang memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia membabitkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun ini yang memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment