Beria-ia benar PAS melalui Ketua Dewan Ulamanya,
Datuk Harun Taib mahu membuktikan kepada umum bahawa parti itu lebih
mengutamakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS sama ada dalam isu kalimah Allah
s.w.t mahupun berkenaan isu terbaru mengenai siapa yang layak menjadi Perdana
Menteri sekiranyaa PR menang PRU 13.
Dalam kenyataan terbarunya, Harun Taib berkata
siapa sahaja tidak berhak campur tangan hal ehwal dalaman PAS khususnya
membabitkan Majlis Syura termasuklah DAP, sekalipun parti cauvinis Cina itu dan
PAS berada dalam gabungan rapuh, PR.
Itu respons rasmi PAS terhadap kenyataan Pengerusi
DAP, Karpal Singh yang bangkit menegaskan bahawa bakal PM dari PR tetap Ketua
Umum PKR, Anwar Ibrahim dan segala cakap-cakap mengenai bangkangan dari Majlis
Syura PAS hanyalah spekulasi murahan sahaja.
Kenyataan Karpal itu memang menghina kedudukan
Majlis Syura Ulama PAS di mata umum, tapi sudah hakikatnya sebegitu. PAS
sebenarnya sedang tersepit di antara prinsip bersama PR dan dasar Majlis Syura
Ulama PAS, mana satu yang wajib menjadi keutamaan.
Pilihan yang rumit, tapi sebetulnya tidaklah
sesukar mana untuk diputuskan sekiranya PAS memiliki jati diri dan berpegang
teguh pada dasar perjuangannya yang asal.
Apa yang diperkatakan oleh Karpal ada merit dan
ada kewajarannya memandangkan sekian lama sudah menjadi pengetahuan umum, Anwar
adalah calon rasmi sebagai PM sekiranya PR berjaya mengalahkan BN. Dan patutnya
tiada sebab untuk PAS membangkangnya, hatta Majlis Syura Ulama PAS juga tidak
layak untuk menidakkan keputusan muktamad PR itu.
Tapi bukan juga satu rahsia pun, bukan sahaja di
kalangan ahli Majlis Syura Ulama PAS malah sesetengah pemimpin PAS yang lain
juga kurang bersetuju dengan keputusan meletakkan Anwar sebagai calon PM. Ini
bukan masalah baru sementelah lagi desakan demi desakan di peringkat akar umbi
lebih serasi untuk melihat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dicalonkan
sebagai PM.
Namun demikian, pada siapa PAS mahu menipu, walhal
umum mengetahui status PAS dalam PR hanyalah sekadar balaci yang tidak
mempunyai prinsip dan jati diri yang teguh, melainkan terbukti sering kali
tunduk pada kemahuan DAP yang mendominasi arah tuju gabungan pembangkang itu.
PAS berlakon sehebat mana pun, hakikatnya PAS
adalah sebahagian dari PR. Ke kiri PR menongkah arus, ke kirilah tempiasnya
pada PAS. Ke kanan PR mengiring, ke kananlah PAS turut sama di badai ombak.
Lainlah jika PAS yang mendominasi PR maka tentunya senario akan berbeza, tapi
kemungkinan ini amat-amat mustahil berlaku.
Dah namanya hidup sepakatan dan sudah sekian lama
berjanji membawa bahtera PR mengikut hala tuju sebagaimana diputuskan secara
rasmi, maka wajiblah PAS patuh dan wala' pada persetujuan yang telah dibuat. Suka
atau tidak, PAS perlu mengikut sahaja selagi parti itu kekal dalam PR.
Sebagaimana dalam isu kalimah Allah s.w.t di mana
PR tetap kekal dengan keputusan bersama yang sebulat suara dicapai di antara
DAP, PKR dan PAS sekalipun selepas itu PAS kelihatan seperti mahu mengikut
kehendak Majlis Syura Ulamanya, namun hingga kini PR secara rasmi menyokong
penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk dinukilkan dalam kitab Bible.
Itu sudah lebih dari cukup membuktikan PAS kekal
sebagai balaci dan Majlis Syura Ulama PAS pula tidak lebih sekadar tin kosong
yang diketuk bertalu-talu untuk mengalih pandangan ahli dan penyokong PAS dari
menyedari hakikat kedudukan sebenar PAS dalam PR.
Kini bila timbul semula isu siapa yang layak
menjadi PM di kalangan pemimpin utama PR, pusing kot mana pun sudah muktamad
bagi PR hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak.
Baik Harun mahupun PAS sendiri buat apa nak
peningkan kepala marah-marahkan Karpal Singh atau mana-mana pemimpin DAP sekali
pun, tiada gunanya. Karpal ada hak untuk mengkritik PAS selagi mana PAS kekal dalam PR.
Sekiranya PAS benar-benar mahu memartabatkan kembali
peranan Majlis Syura Ulama yang kononnya adalah tunjang kekuatan parti itu,
seeloknya sudah lama PAS keluar dari PR sebagai bukti parti itu mengutamakan
Majlis Syura Ulamanya.
10:22 PM
PUAK2PAS misti ikut HJ HEADING Punya!!!!!!!!!!
BODOOOOO ngaku cerdek.CERDEKKKKKKKKxbolehpakai>HJ,HEADINGni,ingatkan nampak garang macam panglima Islam,rupanya TOK MUDIM JEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE,,,,,,
Anak Lubuk Gasing kata: SAMPOLIMOK BETULLLL
10:45 PM
lagi pelik bila PASamdol kata hanya pilih PM lepas fuckatoon menang PRU13.
Aku yakin masa tu, malaysia dalam keadaan goverment without goverment bila pasamdol, p Gay R dan Dapigs berlumba turun naik mahkamah mengatakan calon parti merekalah yg.layak jadi PM...Maca tu 5 tahun negara ni dalam keadaan statik dari segi kemasukkan FDI dll.kerana rakyat dihidangkan adegan tikam menikam sesama mereka.
gen2felda
CERAMAH UMUM DATO DR.HASAN ALI
Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor
TMN.SRI LAMBAK (T6),KLUANG,JOHOR
15/2/2013 JUMAAT 9.00 MALAM.
SEMUA DIJEMPUT HADIR