Bubar DUN Selangor Sekadar Gimik, Tekanan Dan Asakan Rakyat Membebankan Khalid Ibrahim



Pengumuman Menteri Besar Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih awal iaitu pada 26 Februari ini agak mengejutkan juga, kerana pada tahun lepas apabila wujud rumor mengatakan pembubaran Parlimen, Tan Sri Khalid mengatakan nak buat apa bubar awal, dan Selangor akan bubar yang terakhir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor berkata, Khalid telah mengumumkan dalam sidang dewan (Sidang DUN Selangor), bahawa dia tidak akan membubarkan DUN Selangor ikut kerajaan persekutuan, tetapi kini bila dah dekat-dekat nak habis tempoh, tiba-tiba dia pula yang umum nak bubar awal pula.

”Tetapi saya pandang dari sudut berbeza, kuasa siapa yang nak bubar ini? Adakah ianya kuasa mutlak Menteri Besar atau dia kena berbincang dengan Sultan Selangor, ataupun kuasa Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor ini?

Boleh ker, dia tiba-tiba sahaja nak bubar, panggil sidang media dan umum bubar DUN? Keduanya, mengapa tiba-tiba sahaja dia nak bubar? Ini gimik ataupun sekadar nak ’jolok’ Perdana Menteri kerana kalau nak tengok renteran sampai dia nak bubar, apa yang jelas banyak janji-janji pilihanraya yang mereka umumkan pada PRU yang lepas pun masih belum tertunai, contohnya elaun ibu tunggal, pesara-pesara, janji air percuma kepada rakyat Selangor dan sebagainya,” ujarnya. 

Tambahnya, akibat janji-janji yang tidak tertunai itu, rakyat mula bangkit menuntut hak dengan membawa kes janji-janji yang tidak tertunai ke mahkamah, contohnya kumpulan ibu tunggal serta kumpulan yang menuntut air percuma seperti yang dijanjikan dalam PRU12 yang lalu.

Terkini, dimaklumkan bahawa kumpulan warga emas dan kumpulan ibu-bapa yang menuntut bantuan pendidikan prasekolah serta saman berhubung caruman takaful yang dijanjikan kepada warga emas dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

”Nak tolak kat mahkamah, mahkamah tolak pula permohonan mereka (kerajaan negeri). Kalau ditunggu lebih lama, macam-macam benda yang boleh berlaku, makin banyak saman, saya fikir makin banyak beban dia nak menjawab kepada rakyat.

Janji mereka dulu dilihat beban kerana akhirnya Tan Sri Khalid kata, ini hanya manifesto sahaja, bukan janji. Kalau macam tu senanglah, dalam pilihanraya akan datang, tulis apa sahajalah manifesto, dah menang, dah jadi kerajaan kata itu manifesto sahaja,” ujarnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Sepang.

Tambahnya, apa yang berlaku sejak kebelakangan ini banyak asakan terhadap Tan Sri Khalid, banyak janji tidak tertunai.

”Mungkin atas desakan tersebut, baik dia bubar cepat-cepat tapi lepas dia tercakap tu, mungkin dia terfikir boleh ke dia nak bubar DUN Selangor ini,” ujarnya lagi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Rakyat dah bersedia ... BN jer masih ragu nak bubarkan parlimen

  2. Anonymous
    10:00 PM

    KHALID...LU BUBAR JE LAH P Gay R selangor..Pasal lu bubar Dun sekarang ni pon, SPR dalam masa 60 hari akan menentukan tarikh pilihanraya..That mean SPR can plan to organised the election together with General election.

    BTW, did you already clean up your office? Just wonder how strong you are to accept defeat!!

    gen2felda
    CERAMAH UMUM DATO DR.HASAN ALI
    Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor
    TMN.SRI LAMBAK (T6),KLUANG,JOHOR

    15/2/2013 JUMAAT 9.00 MALAM.
    SEMUA DIJEMPUT HADIR

Post a Comment