Pengumuman Menteri Besar Selangor untuk
membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih awal iaitu pada 26 Februari
ini agak mengejutkan juga, kerana pada tahun lepas apabila wujud rumor
mengatakan pembubaran Parlimen, Tan Sri Khalid mengatakan nak buat apa bubar
awal, dan Selangor akan bubar yang terakhir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk
Dr Karim Mansor berkata, Khalid telah mengumumkan dalam sidang dewan (Sidang
DUN Selangor), bahawa dia tidak akan membubarkan DUN Selangor ikut kerajaan
persekutuan, tetapi kini bila dah dekat-dekat nak habis tempoh, tiba-tiba dia
pula yang umum nak bubar awal pula.
”Tetapi saya pandang dari sudut berbeza, kuasa
siapa yang nak bubar ini? Adakah ianya kuasa mutlak Menteri Besar atau dia kena
berbincang dengan Sultan Selangor, ataupun kuasa Sultan Selangor untuk
membubarkan DUN Selangor ini?
Boleh ker, dia tiba-tiba sahaja nak bubar, panggil
sidang media dan umum bubar DUN? Keduanya, mengapa tiba-tiba sahaja dia nak
bubar? Ini gimik ataupun sekadar nak ’jolok’ Perdana Menteri kerana kalau nak
tengok renteran sampai dia nak bubar, apa yang jelas banyak janji-janji
pilihanraya yang mereka umumkan pada PRU yang lepas pun masih belum tertunai,
contohnya elaun ibu tunggal, pesara-pesara, janji air percuma kepada rakyat
Selangor dan sebagainya,” ujarnya.
Tambahnya, akibat janji-janji yang tidak tertunai
itu, rakyat mula bangkit menuntut hak dengan membawa kes janji-janji yang tidak
tertunai ke mahkamah, contohnya kumpulan ibu tunggal serta kumpulan yang
menuntut air percuma seperti yang dijanjikan dalam PRU12 yang lalu.
Terkini, dimaklumkan bahawa kumpulan warga emas
dan kumpulan ibu-bapa yang menuntut bantuan pendidikan prasekolah serta saman
berhubung caruman takaful yang dijanjikan kepada warga emas dalam manifesto
pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
”Nak tolak kat mahkamah, mahkamah tolak pula
permohonan mereka (kerajaan negeri). Kalau ditunggu lebih lama, macam-macam
benda yang boleh berlaku, makin banyak saman, saya fikir makin banyak beban dia
nak menjawab kepada rakyat.
Janji mereka dulu dilihat beban kerana akhirnya
Tan Sri Khalid kata, ini hanya manifesto sahaja, bukan janji. Kalau macam tu
senanglah, dalam pilihanraya akan datang, tulis apa sahajalah manifesto, dah menang,
dah jadi kerajaan kata itu manifesto sahaja,” ujarnya yang juga Naib Ketua UMNO
Bahagian Sepang.
Tambahnya, apa yang berlaku sejak kebelakangan ini
banyak asakan terhadap Tan Sri Khalid, banyak janji tidak tertunai.
”Mungkin atas desakan tersebut, baik dia bubar
cepat-cepat tapi lepas dia tercakap tu, mungkin dia terfikir boleh ke dia nak
bubar DUN Selangor ini,” ujarnya lagi.
9:26 PM
Rakyat dah bersedia ... BN jer masih ragu nak bubarkan parlimen
10:00 PM
KHALID...LU BUBAR JE LAH P Gay R selangor..Pasal lu bubar Dun sekarang ni pon, SPR dalam masa 60 hari akan menentukan tarikh pilihanraya..That mean SPR can plan to organised the election together with General election.
BTW, did you already clean up your office? Just wonder how strong you are to accept defeat!!
gen2felda
CERAMAH UMUM DATO DR.HASAN ALI
Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor
TMN.SRI LAMBAK (T6),KLUANG,JOHOR
15/2/2013 JUMAAT 9.00 MALAM.
SEMUA DIJEMPUT HADIR