Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) hari ini menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang
menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu sebagai satu
kemenangan moral kepada rakyat dan golongan pengguna di negeri itu.
Aktivitis Pengguna PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah
berkata, kita melihat sebelum ini kerajaan pakatan pembangkang pada PRU12 yang
lalu menaburkan pelbagai janji untuk memenangi hati rakyat, namun selepas
menang dan mengambil alih kepimpinan khususnya di Selangor, kerajaan pakatan
ini gagal untuk melaksanakan semua janji yang ditaburkannya.
“Akhirnya kita melihat pakatan ini hanya
menabur janji sekadar untuk memperdaya rakyat, memperdaya pengguna dalam
memastikan mereka memperolehi kuasa.
Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku, kerana
sebagai pemimpin yang kita anggap pejuang, sepatutnya menjadi pembela kepada
rakyat, mereka sepatutnya berjanji sesuatu yang boleh ditunaikan, bukannya
menjanjikan sesuatu semata-mata untuk dijadikan modal meraih sokongan rakyat
untuk memilih mereka,” ujarnya mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam
yang menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di Selangor
semalam.
Tambahnya, apabila mereka memperolehi undid an
mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri Selangor, janji tinggal janji dan
apa yang dijanjikan dalam manifesto mereka dalam PRU yang lepas, diperlekehkan dan
dibiarkan begitu sahaja.
“Saya melihat ini sebagai satu tipu helah dan
tipu daya kepada pengundi dan pengguna, perkara ini amat mengaibkan, tidak
berintegriti dan tidak beretika.
Sebab itu kita dari PPIM mengharapkan agar
mana-mana parti politik yang mahu bertanding khususnya menjelang PRU13 nanti
menjanjikan ‘langit dan bintang’ dalam manifesto mereka, sebagai janji
semata-mata meraih undi.
Setiap janji yang mereka lafazkan, yang mereka
tuliskan mestilah termeterai selepas mereka berkuasa. Harapan kita juga kepada
semua ahli politik, parti politik yang bakal bertanding pada PRU yang akan datang,
pastikan janji yang mereka buat itu, mestilah janji yang boleh ditunaikan,”
tambahnya.
Sehubungan dengan itu, PPIM tidak mahu ada
pihak, pengguna yang terpedaya, rakyat diperlekehkan yang akhirnya ahli-ahli
politik ini terus berkuasa untuk diri mereka sendiri, rakyat terbiar dan
pengguna diperbodohkan atau diperbudak-budakkan.
“Perkara ini tidak
harus dibiarkan berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini,”.
7:54 PM
hanya rakyat yang buta hati dan taksub je yg percaya manifesto PRU pembangang akan datang..ingat manifesto bukan janji itulah kata MB SELANGOR PALING LOSER DALAM SEJARAH MB MALAYSIA
11:20 PM
Loser pun Selangor jadi penyumbang 23% KDN Negara...Nak harap Melaka... hampeh...
11:22 PM
Minggu lepas balik Bagan Datoh... penduduk situ senaraikan 20 janji pilihanraya semenjak awal 2000 lagi yg tak ditunaikan... bagus penduduk Bagan Datoh.... tak saman pulak...