Konspirasi Terancang UMNO- Laporan Polis Terhadap Tian Chua.......


 
Di KOTA BAHARU, badan bukan kerajaan (NGO) Minda Pondok hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Tian Chua di Balai Polis Binjai, Kubang Kerian di sini.

Wakil Minda Pondok, Mohd  Shamsul Mohd Yusuf al-Hafiz, yang diiringi kira-kira 30 orang, berkata laporan itu dibuat supaya pihak polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung kenyataan yang disifatkannya sebagai fitnah dan hasutan yang boleh menggugat keselamatan negara.       

"Kami merasa sedih dan dukacita kerana seorang anggota Parlimen yang diangkat sebagai pemimpin pada pilihan raya umum lepas, bukan sahaja mengguris perasaan keluarga anggota keselamatan yang terbunuh, malah rakyat juga," katanya.

Di BESUT, TERENGGANU, Pegerakan Wanita Umno Bahagian Besut yang diketuai Engku Naemah Engku Taib telah membuat laporan polis terhadap Tian Chua di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini.

Beliau berharap tindakan tegas diambil terhadap Tian Chua kerana telah menghina Umno dan anggota keselamatan termasuk keluarga anggota keselamatan yang terbabit dalam operasi mempertahankan kedaulatan negara.

Di ALOR SETAR, Wanita Umno Kedah dan Bahagian Alor Setar membuat laporan polis terhadap kenyataan Tian Chua di Ibu Pejabat Polis Kota Setar.

Ketua Wanita Umno Bahagian Alor Setar Sharifah Maznah Syed Kassim berkata kenyataan Tian Chua itu adalah satu penghinaan kepada Umno dan tindakannya itu sangat melampau.

"Kita minta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan yang drastik terhadap kenyataan Tian Chua," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kota Setar Mohd Fauzi Sharif turut membuat laporan polis yang sama.

Di KUALA LUMPUR, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dakwaan Tian Chua itu adalah keterlaluan dan tidak menunjukkan sikap bersama demi kepentingan negara.

Beliau berkata sikap itu juga menunjukkan pemimpin PKR itu tidak mempunyau perasaan taat dan patriotik terhadap negara.

"Mereka yang mempersendakan dan mendakwa ia sandiwara Umno adalah menderhaka kepada negara," kata Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Pengerusi BN Parlimen Batu Datuk Yahaya Mat Ghani turut membidas sikap Tian Chua yang dianggap perlu dihukum oleh pengundi pada PRU ke-13 nanti.

Beliau berharap pengundi di Parlimen Batu menolak Tian Chua kerana tidak mempunyai sikap patriotik dan memperlekehkan soal keselamatan negara.

Dalam kejadian pencerobohan kumpulan bersenjata berasingan di Sabah, lapan anggota polis terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan di Semporna sejak kelmarin.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment