Menyedari yang pemimpin tertinggi tidak akan melayan sebarang
‘cabaran debat’ yang membuang masa, maka, ia dijadikan modal politik yang
digemari PR apabila ketandusan isu atau ingin mengalih perhatian. Setiap kali terkantoi, maka akan adalah
cabaran debat yang dibuat oleh pembangkang terhadap Perdana Menteri oleh Anwar
Ibrahim.
Terbaru Anwar mencabar lagi, kali ini melalui Gabungan Pilihan
Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 11 April lalu yang mempelawa Anwar dan Najib
untuk membentangkan manifesto masing-masing dalam program debat yang
berlangsung 8.45 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.
Anwar menyatakan persetujuannya untuk hadir tetapi Dato’ Seri
Najib telah mengabaikan sahaja jemputan itu, seperti sewajarnya dan seperti
yang dijangka.
Kita tahu bahawa BERSIH adalah rangkaian Anwar sendiri dan
tentunya jemputan dibuat atas dasar berat sebelah. Namun, itu bukan soal utama untuk Dato’ Seri
Najib mengabaikan cabaran tersebut.
Apa yang lebih penting ialah debat tersebut tidak akan membawa
apa-apa signifikan apabila kedua-dua manifesto boleh dibentangkan dan dicapai
oleh segenap rakyat Malaysia melalui media.
Rakyat boleh menilai malah mengkaji dan menganalisis sendiri setiap
butiran tanpa perlu menonton Anwar berdrama di atas pentas menonjolkan
kepetahannya bercakap sedangkan kita cukup tahu yang beliaulah yang hampir
membangkrapkan negara pada tahun 1997/98 dahulu.
Justeru, sikap pembangkang memperlekehkan Dato’ Seri Najib kerana
tidak menyahut cabaran itu adalah tidak lebih dari tukang sorak yang mempunyai
masa ‘lebih’ untuk dibuang begitu saja.
Walaupun Anwar begitu angkuh mencabar Dato’ Najib, kita merasa
pelik kerana beliau tidak berani menyahut cabaran orang yang lebih ‘kecil’,
iaitu Dr. Mazlan yang merupakan ‘lawannya’ di Permatang Pauh dalam PRU-13
ini. Kita boleh merujuk perkembangan
perkara ini di dalam twitter Dr. MAZA.
Dr Mazlan Ismail adalah Pegawai Memerintah, Semboyan Pakar Diraja
Telekom(AW) dengan Pangkat Leftenan Kolonel.
Semboyan Pakar Diraja Telekom dianggotai oleh 1000 anggota Telekom
Malaysia yang bertanggungjawab terhadap Rangkaian Telekomunikasi Negara sewaktu
kecemasan.
Dr. Mazlan merupakan antara anak kebanggaan Permatang Pauh kerana
pencapaian cemerlangnya. Beliau
memiliki ijazah dalam bidang Elektronik komunikasi dari Universiti Salford,
UK. Juga mempunyai Masters dalam
Operational Telecom dari Universiti Coventry, UK serta PHD Kejuruteraan dari
UTM atas biasiswa TM yang mana membuktikan yang beliau sememangnya seorang yang
bijak. Berkhidmat dengan TM sejak 1983
dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar.
Berdasarkan latarbelakang Dr. Mazlan yang cukup memberangsangkan,
maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim menolak untuk berdebat dengan beliau. Alasan
Anwar menolak cabaran ini adalah kerana menganggap isu-isu Permatang Pauh
adalah tidak signifikan. Sekali gus,
menunjukkan betapa Anwar memandang rendah akan masalah rakyat di kawasannya
sendiri.
Nampaknya, bagi Anwar, rakyat Permatang Pauh hanya perlu
mengundinya untuk menjadi Perdana Menteri tetapi jangan sekali-kali
mengharapkan beliau menjadi ‘wakil’ kepada mereka.
Mungkin, Anwar melihat tugas wakil rakyat terlalu rendah bagi
dirinya yang duduk sebaris dengan Mandela, Ghandi atau Suu Kyii.
Anwar tidak sedar bahawa jika kawasan sendiri juga tidak mampu
dijaga, bagaimana kita boleh mengharapkan beliau menjaga seluruh negara?
Kita tahu, bahawa Anwar sebenarnya pengecut dan beliau hanya
berani mencabar Dato’ Seri Najib kerana
seorang Perdana Menteri pasti tiada masa untuk melayan karenahnya.
Sedangkan, buat masa ini, lawan Anwar adalah Dr. Mazlan, bukan
Dato’ Seri Najib kerana Anwar perlu terlebih dahulu melepasi ‘halangan’
Permatang Pauh dan menjuarai isu kawasan tersebut, sebelum bercakap tentang isu
negara.
Ini kerana, jangankan isu negara, isu-isu negeri Pakatan Rakyat
juga Anwar jelas tidak punya kawalan langsung.
Malah, untuk membahagikan kerusi juga Anwar tidak ada kuasa yang
jelas. Di sana-sini ada saja
‘pemberontakan’ dalaman yang menentang pilihannya. Justeru, apakah layak Anwar mencabar seorang
Perdana Menteri untuk berdebat tentang Manifesto Pilihanraya?
Kita tahu bahawa Anwar Ibrahim memang petah bercakap, dan Dato’
Seri Najib pula bukan jenis yang bercakap banyak. Sepatutnya, perbezaan karektor ini sahaja
sudah cukup untuk membantu rakyat Malaysia membuat pilihan.
Bukan kita tidak tahu bahawa orang yang terlalu petah bercakap
akan sering tersilap cakap kerana tidak sempat berfikir. Orang yang terlalu petah bercakap juga sering
dikaitkan dengan sikap tidak boleh dipercayai.
Apatah lagi yang suka bercakap besar, tidak pernah mengaku salah dan
tidak mungkin meminta maaf, iaitu sifat-sifat negatif yang wajib
ditentang.
Yang kurang bercakap pula seringkali merupakan seorang yang bijak
kerana lebih banyak mendengar dan berfikir.
Sifat ini menjadikan mereka seorang yang rendah diri dan oleh kerana
itu, lebih dipercayai.
Justeru, tindakan PR memperlekeh Dato’ Seri Najib kerana enggan
melayan cabaran debat Anwar adalah tindakan bijak. Melayan orang yang hanya tahu bercakap tetapi
telah terbukti gagal dan penuh skandal seperti Anwar, pastinya hanya membuang
masa.
9:13 AM
Assalamualaikum tuan. Pohon pautan blog kami di blog tuan.
Admin
www.penaminangRETURN.blogspot.com
10:02 AM
NAK PANGKAH..CUBA FIKIR DAHULU..!!
Perubahan kerajaan tak semestinya menjaminkan kemakmuran hidup bahkan mungkin menjadi buruk..janji bakal pemerintah bukan satu janji yang akan ditepati..sebaliknya ia nya cuma satu manifesto dari sekumpulan pemimpin yang gilakan kuasa..lihatlah bagaimana Allah telah tunjukkan apa yang berlaku di Tunisia, Libya malahan di Mesir..kononnya dahagakan perubahan tetapi yang rakyat terpaksa hadapi hingga saat ini ialah peperangan..di negara ini mungkin kita tidak akan berperang..tetapi perebutan kuasa yang berterusan antara 3 parti DAP, PKR dan PAS akan menyaksikan penguncupan ekonomi..negara akan kembali mundur yg mana kesannya sama seperti sebuah negara yang berperang...UNDILAH BARISAN NASIONAL
Posted by JKKK Kota Sarang Semut at 3:39 PM
Read more: http://jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com/2013/04/nak-pangkahcuba-fikir-dahulu.html#ixzz2R3jNAXdJ
11:25 AM
Nyata sekali Anwar hanya menganggap Permatang Paoh sebagai batu loncatan untuk dia meneruskan cita-citanya mahu menjadi seorang Perdana Menteri - dia tidak mementingkan kebajikan pengundi-pengundinya; Permatang Paoh bukan tarap Anwar. Oleh itu terpulanglah kepada budibicara pengundi-pengundi bijaksana diPermatang Paoh menilai diantara Dr Mazlan dan Anwar demi masa depan anak cucu kita...