Beberapa hari sebelum hari penamaan calon sempena PRU-13
berlangsung, PR khususnya PKR agak fokus dalam mencanang propaganda kononnya
Mufti Perlis iaitu Dr Juanda Jaya bakal mewakili parti itu di Parlimen Kangar.
Secara umumnya propaganda itu berjaya menarik perhatian umum malah
turut menyemarakkan semula semangat penyokong PKR yang hampir longlai gara-gara
diselubungi pelbagai isu terutama sekali perihal perebutan kerusi sesama PR.
Tiba hari penamaan, akhirnya kebenaran terserlah apabila Dr Juanda
tidak muncul sebaliknya calon PAS pula yang bertanding di Parlimen Kangar.
Hancur luluh harapan penyokong PR untuk melihat seorang Mufti menjadi calon
mereka.
Rupa-rupanya sedari awal lagi Dr Juanda tidak pernah memberi kata
putus, ini bermakna pengumuman PKR sebelum ini tidak hanya satu propaganda
kosong tapi juga satu taktikal politik yang kotor, jijik dan jahat.
Patutlah beberapa hari sebelum penamaan calon, Dr Juanda pernah
melabelkan berita mengenai dirinya bakal menjadi calon PKR merupakan berita
dari syaitan. Rupanya memang betul, kerana hanya syaitan saja yang gemar
menggunakan taktik kotor disebabkan niatnya memang jahat sejak azali.
Tapi nak pelik apa dengan taktik kotor yang diguna pakai oleh PR,
sedangkan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu di Sabah boleh ditajanya,
apa sangatlah setakat memperalatkan nama orang lain untuk kepentingan politik
kepartian.
Dr Juanda mungkin kritis pada BN tapi seperti mana beliau akui,
walaupun bukan penyokong tegar BN tapi tiap kali pilihan raya umum berlangsung
beliau sentiasa mengundi BN kerana hanya parti itu yang konsisten menegakkan
Islam.
Kenyataan Dr Juanda benar, jika tidak, masakan Imam Masjid
Al-Nabawi, Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair juga mengiktiraf usaha Kerajaan
BN dalam meningkatkan syiar Islam di negara ini.
Baik kenyataan Dr Juanda mahu pun pujian yang diluahkan oleh Imam
Masjid Al-Nabawi, Madinah itu, ia jelas menunjukkan BN adalah pilihan terbaik
untuk rakyat Malaysia.
Jika PR tidak sinonim dengan taktik kotor dan tidak bergelumang
dengan liberalisme dan pluralisme, mungkin Dr Juanda memihak kepada PR dan Imam
Madinah itu pula akan memuji PKR atau PAS, namun realiti hari ini menunjukkan
orang yang bersih jiwa raganya selesa bersama BN.
0 Komen