Pengerusi UDA Holdings Bhd Datuk Nur Jazlan
Mohamed bimbang pelaburan berbilion ringgit yang diterima Iskandar Malaysia dan
negeri Johor ketika ini berkemungkinan akan terhenti sekiranya pengundi melakukan kesilapan memilih parti pembangkang pada
pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.
"Pembangkang telah secara terang-terangan menolak dan mahu
membatalkan projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan
ekonomi
Johor, oleh itu pengundi perlu berfikir sebaik-baiknya tentang kesan
besar undi mereka terhadap ekonomi Johor dan Iskandar Malaysia," katanya
kepada Bernama dalam temu ramah hari ini.
Nur Jazlan, akauntan bertauliah dan anggota Parlimen Pulai sebelum
Dewan Rakyat dibubarkan Rabu lepas, berkata jika pembangkang menolak
pembangunan yang kerajaan laksanakan di Johor (dan Iskandar Malaysia), ia akan
menjejaskan secara keseluruhannya usaha negara untuk mencapai Wawasan 2020.
Sejak dilancarkan akhir 2006, Iskandar Malaysia yang berkeluasan
2,217 km persegi meliputi beberapa daerah di selatan Johor, berjaya menarik
sebanyak RM110 bilion pelaburan dari dalam dan luar negara.
Pada tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional turut melancarkan
projek Kompleks Petrokimia Bersepadu Pengerang (PIPC) serta projek Refinery and
Petrochemical Integrated Development (RAPID).
Kedua-dua projek itu, yang bakal menjadikan Malaysia sebagai hab
industri minyak dan gas Asia, dijangka akan memulakan operasinya pada 2016.
Beberapa pelabur dalam dan luar negara telah pun menyatakan
komitmen mereka untuk melabur berbilion ringgit di PIPC, manakala Petronas pula
dijangka akan melabur RM60 billion dalam projek RAPID.
Bagaimanapun, pembangkang dalam manifesto PRU13 yang dilancar pada
Februari lepas menyatakan bahawa mereka akan mengkaji semula kesesuaian projek
RAPID terbabit.
Beberapa pemimpin pembangkang sebelum pelancaran manifesto itu
juga mahukan projek RAPID itu dibatalkan atau saiznya dikecilkan atau ia
dipindahkan ke kompleks petrokimia milik Petronas sedia ada di Kerteh.
Sementara itu Nur Jazlan berkata keyakinan pelabur Singapura yang
kini mulai melabur secara aktif di Iskandar Malaysia dibimbangi akan turut
terjejas jika pembangkang memenangi banyak kerusi di Johor.
"Pelabur Singapura mulai melabur secara aktif di Iskandar dan
ia membuktikan mereka berkeyakinan Barisan Nasional akan menang dalam PRU13, tetapi
undi kepada pembangkang boleh menjejaskan keyakinan mereka," katanya.
Jika pelabur Singapura itu tidak berkeyakinan BN akan memenangi
PRU13, kata Nur Jazlan, mereka tidak akan melabur di Johor dan Iskandar
Malaysia dan akan menunggu sehingga selepas pilihan raya umum sebelum membuat
keputusan.
3:38 PM
kalau pembangkang menang dah tentu le dia jual semua kat singapork, itu je tujuan mereka.