Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan antara beberapa
pemimpin utama PAS yang tak pernah serik dari mencetuskan kontroversi demi
kontroversi gara-gara tutur katanya yang kasar, celupar dan tidak berhikmah.
Tak berapa lama dulu Nik Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan
neraka, seolah-olah dirinya penjaga kunci yang akan menentukan orang yang
sokong PAS masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.
Sebelumnya, Nik Aziz dengan selamba menyatakan kesediaan
bersahabat dengan syaitan semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan
kerjasama PAS dengan DAP.
Terbaru, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan mendakwa
orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan
sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.
Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang
ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. Makin tua makin merapu pula orang tua tak sedar diri yang gila
kuasa mahu bertongkat langit sampai mati ini.
Nampak sangat Nik Aziz dah tersesat arah kerana salah memahami
maksud kebangsaan mengikut fahaman sempit, tapi peliknya liberalisme dan
pluralisme yang berakar umbi dalam PKR sedikit pun tak berani disentuhnya.
Ada pemimpin Melayu yang bersekongkol dalam DAP yang berpegang
pada fahaman sosialis, tak pula Nik Aziz pertikaiannya. Mentang-mentang geng
sendiri, hipokrit punya manusia bertopengkan agama.
Nik Aziz sebenarnya terdesak nak memainkan semula persepsi yang
PAS itu Islam dan Islam itu PAS, menyokong PAS bermakna menyokong Islam dan
menolak PAS maka dituduhnya menolak Islam.
Hakikatnya, Nik Aziz tak sedar yang PAS hanyalah sebuah parti
politik semata-mata yang tertubuh akibat kekecewaan pemimpin-pemimpin awalnya.
Untuk pengetahuan Nik Aziz, semangat kebangsaan atau nasionalisme
yang mendasari perjuangan UMNO merujuk pada wathan (tanah air), Dar al-islam
dan Diyar al-islam, maksudnya satu perjuangan mendaulatkan tanah air tanpa
mengetepikan ajaran Islam.
Susur galur fahaman yang sama juga yang mendasari kelahiran PAS di
zaman Ahmad Fuad yang kemudian diteruskan oleh Burhanuddin Al Helmi dan Asri
Muda. Adakah Nik Aziz sanggup mengira pahala dan dosa mereka, atau sebab mereka
ini pernah bersama PAS maka terkecuali dari timbang tara Nik Aziz dan PAS?
Orang UMNO yang Nik Aziz kata tak dapat pahala bila bersolat
inilah yang sakan berjuang memerdekakan tanah air dan berjuang memajukan ummah
untuk bersaing dengan penganut agama lain supaya duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi.
UMNO ini jugalah yang sibuk berjuang mempertahankan kesucian
kalimah Allah S.W.T dari dinodai oleh DAP dan PKR, sedangkan PAS sehingga
sekarang gagal mengubah dasar PR supaya kembali menghormati kalimah Allah
S.W.T.
Justeru itu, tak usahlah Nik Aziz memesongkan orang ramai tatkala
diri sendiri gagal memahami realiti, lebih baik Nik Aziz cermin diri sendiri
dan perbetulkan hala tuju PAS yang semakin dekat bergelumang dengan fahaman PR
yang liberalisme dan pluralisme, ada juga faedahnya.
3:22 PM
Orang macam nik aziz tu....anjing dgn babi pun tak terima dia....he..he..
8:09 PM
Ok la benda haram xterima ulama'... xmalu pon... tp ni yg malu pemimpin no 1 malaysia xtau najis berat /mughollazoh... anjing ngan babi sama cam kucing kot xde yang haram dalam BN... kahkahkah