"Peluang dan tanggungjawab yang diberikan kepimpinan Barisan
Nasional (BN) Pusat dan negeri akan digunakan sebaik mungkin untuk
mengembalikan semula keyakinan rakyat untuk terus bersama BN dalam menerajui
Selangor dan Malaysia.
"Saya berazam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada
pengundi di kawasan DUN Sri Muda dan memastikan segala masalah yang dihadapi
masyarakat setempat dapat diselesaikan sebaik mungkin," kata calon BN bagi
DUN Sri Muda pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Raouf Mokhtar.
Beliau berkata, selaku calon baru yang dipilih untuk mewakili
pengundi di Sri Muda, dia akan menterjemahkan manifesto BN sebaik mungkin agar
ia dapat dinikmati seluruh masyarakat di kawasan berkenaan.
"Masalah yang gagal diatasi wakil rakyat terdahulu juga akan
diperbaiki dan diselesaikan agar rakyat dapat merasai sendiri kesungguhan yang
di bawa BN ke kawasan DUN Sri Muda ini," katanya sewaktu ditemui selepas
menerima watikah perlantikan sebagai calon DUN Sri Muda, di sini, semalam.
Beliau turut menyeru rakyat Selangor khususnya di Kota Raja untuk
bersama Perdana Menteri dan BN untuk terus memacu kegemilangan menjadi Malaysia
sebuah negara yang disegani di seluruh dunia.
Katanya, keputusan Perdana Menteri meletakkan calon yang terdiri
daripada muka baru membuktikan keterbukaannya untuk melakukan transformasi
seiring dengan kehendak rakyat.
"Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin dan BN adalah
pilihan yang terbaik kerana sudah
terbukti berjaya membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih baik daripada
sebelum ini," katanya.
9:52 AM
Mai mai la jengok kami di Putra Heights
10:54 AM
Rapat ngan saudara Raouf..beliau memang sorang yg sempoi..moga2 tak berubah la kalau rezeki menjadi YB Sri Muda
9:40 PM
mesti menang...hidup bn
kasi tolak pas,pkr,dap