Kegagalan pakatan pembangkang mengalahkan BN dalam PRU-13 diakui
oleh ramai pemimpin PR sebagai satu detik yang agak mengecewakan Ketua Umum
PKR, Anwar Ibrahim setelah sekian lama bertungkus lumus dan bermati-matian mahu
mengejar puncak kuasa di Putrajaya.
Anwar sedar, kegagalan PR kali ini bermakna berakhirlah riwayat
politiknya apatah lagi sebelum ini Ketua Umum PKR itu pernah berikrar akan
berhenti dari politik sekiranya tewas dalam PRU-13 dan menumpukan tugasannya menjadi
Pensyarah di Universiti luar negara.
Sekarang PR bukan sahaja telah tewas malah gagal mengekalkan
pemerintahan PAS di Kedah manakala majoriti kemenangan Anwar di Parlimen
Permatang Pauh juga merosot. Sedangkan di masa yang sama UMNO selaku komponen utama
BN yang merupakan musuh ketat Anwar pula terus gah.
Dek kerana kecewa itulah Anwar bertindak di luar batasan dengan
menghasut penyokong PR untuk memulau keputusan PRU-13 dan cuba membangkitkan
kemarahan umum melalui perhimpunan protes yang diadakan di Stadium MBSJ, Kelana
Jaya baru-baru ini.
Jika tidak kerana ramai pengundi Melayu Islam dan Bumiputera yang
lain bersama sebahagian pengundi keturunan India memihak kepada BN, barangkali
hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Ke-7 sudah tercapai, namun takdir
Illahi menetapkan jawatan tersebut bukan hak miliknya.
Tambah mengecewakan Anwar bila mana gerakannya memprotes keputusan
PRU-13 bagaikan disabotaj rakan sepakatan apabila DAP dan PAS yang mengekalkan
pemerintahan masing-masing di Kelantan dan Pulau Pinang enggan memulaukan
majlis angkat sumpah bagi jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Ahmad Yaakob, MB Kelantan yang baru mengangkat sumpah untuk
jawatan itu sehari selepas PRU-13 selesai bagi menggantikan Nik Abdul Aziz Nik
Mat manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengangkat sumpah memegang
jawatan Ketua Menteri pada 7 Mei 2013 untuk penggal kedua.
Tindakan kedua-dua rakan PKR dalam PR itu jelas membuktikan
pengiktirafan mereka terhadap ketelusan proses pilihan raya yang dikendalikan
oleh SPR sekali gus menolak tohmahan Anwar dan gerombolan pengikutnya yang
mendakwa PRU-13 dicemari penipuan dan penyelewengan.
Seandaianya benar wujud penipuan atau ketidaktelusan berlaku dalam
PRU-13, bermakna bolehlah diandaikan PAS dan DAP telah bersekongkol dengan BN
untuk menghalalkan penipuan yang didakwa Anwar, bukan begitu?
Hakikatnya, samada penipuan, penyelewengan atau ketidaktelusan
langsung tidak wujud, melainkan apa yang sibuk diperkatakan Anwar dan
kumpulannya tika ini hanyalah luahan kekecewaan gara-gara cita-cita peribadi
menuju puncak Putrajaya tidak kesampaian.
12:22 PM
kesihan anwar.. meleleh2 air liur mcm budak meragam nak tumbuh gg.
3:29 PM
Tebiat Anwar Sinonim dengan ungkapan melayu `Macam Orang Gila Talak'.
Lebih tepat lagi orang yang beriman dengan rukun iman yang ke enam. (percaya kpd Qada' dan Qadr).