Kerajaan Johor merancang untuk membina lebih banyak
rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun bagi membolehkan rakyat menikmati
kediaman sendiri selain memenuhi keperluan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu
merupakan antara pendekatan yang dilihat dapat membantu menyelesaikan masalah
pemilikan rumah khususnya dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan
sederhana.
"Kerajaan negeri sedang berbincang dan memperhalusi usaha
terbabit supaya impian rakyat untuk memiliki kediaman sendiri dapat
direalisasikan. Usaha mengenal pasti tanah di beberapa kawasan tertentu sama
ada milik kerajaan atau agensi di bawahnya sedang dilaksanakan," katanya kepada
pemberita selepas melawat Bazar Karat di sini malam Khamis.
Menurut Mohamed Khaled pihaknya akan meneliti semula setiap pemaju
di negeri ini bagi memastikan mereka membina rumah mampu milik dalam setiap
projek perumahan yang dilaksana seperti yang disyaratkan.
Baca seterusnya di sini.
1:56 PM
Diharp semua projek tersebut diserahkan kepada kontraktor melayu. Ramai lagi melayu yang berkemampuan.