Khaled Nordin Angkat Sumpah MB Johor Minggu Depan



Alhamdulillah,teka-teki siapa bakal MB Johor akhirnya terurai…. ADUN Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengangkat sumpah minggu depan bersama anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) setelah mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam.
   
Anggota Dewan Undangan Negeri Permas itu dititah menghadap di Istana Pasir Pelangi dan antara perkara yang dibincangkan dengan Sultan Ibrahim ialah penentuan tarikh angkat sumpah menteri besar dan senarai barisan Exco.
   
Mohamed Khaled pada pilihan raya itu memenangi kerusi Dun Permas selepas menewaskan calon Pas Syed Othman Syed Abdullah dengan majoriti 5,752 undi.
   
Barisan Nasional kekal memerintah Johor apabila mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 38 daripada 56 kerusi DuN.
   
Daripada 18 DuN yang dimenangi pembangkang, 14 daripadanya DAP, tiga (Pas) manakala satu daripada PKR.

Baca seterusnya di sini
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment