Tika ini pemimpin pembangkang sibuk mempropagandakan kononnya
mereka lebih berhak memerintah negara ini disebabkan meraih undi popular yang
lebih tinggi, selain turut mempertikaikan kemenangan BN yang memerintah Perak
dengan majoriti mudah sedangkan menurut mereka undi popular memihak kepada
pembangkang.
Bertitik tolak dari polemik undi popular itu, maka ia di jadikan
sebagai sandaran bahawa wujud ketidak adilan dan ketidak telusan dalam sistem
pilihan raya yang didakwa mengenepikan aspirasi rakyat dan pengundi sekali gus
merampas kemenangan yang kononnya memihak kepada pembangkang.
Tapi mereka lupa untuk menjelaskan Pakatan Rakyat (PR) bukannya
satu entiti politik yang sah yang sehingga kini masih bergerak secara haram
kerana gagal didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS). Oleh itu tidak
wujud undi popular untuk PR melainkan sekadar undi yang diperolehi DAP, PKR dan
PAS secara berasingan.
Lagi pun, sistem pilihan raya Malaysia bukannya berasaskan
peratusan undi popular sebaliknya ia bersandarkan pilihan pengundi di sesuatu
kawasan DUN yang mana jika lebih banyak kerusi DUN atau Parlimen dimenangi
sesuatu parti, maka parti itulah yang memerintah negeri atau negara atau
kedua-duanya.
Malah Amerika Syarikat sendiri yang menjadi kiblat politik
pemimpin PR dalam hal-hal kebebasan bersuara dan demokrasi juga sedemikian
kaedahnya di mana Barack Obama yang gagal memperolehi undi popular tetap
berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Jika hujah di atas gagal memuaskan hati penyokong DAP, PKR dan
PAS, maka eloklah masing-masing mengimbas kembali keputusan PRU 11 2004 merujuk
kepada negeri Kelantan di mana walau pun BN berjaya meraih sejumlah 269, 492
undi di peringkat DUN manakala PAS, PKR dan DAP pula cuma memperolehi 261,402
undi, namun hak pemerintahan Kelantan tetap milik PAS.
Kenapa terjadi demikian rupa? Mudah saja jawapannya, ia disebabkan
di peringkat DUN, PAS berjaya menguasai 24 kerusi DUN sementara BN pula hanya
menang di 21 kerusi DUN yang lain, ini bermakna PAS tetap berhak memerintah
Kelantan disebabkan kelebihan majoriti kerusi DUN.
Walau pun selepas itu yakni pada 2005 BN berjaya menambah satu
lagi bilangan kerusi DUN melalui pilihan raya kecil dan undi popularnya
bertambah, tapi disebabkan PAS masih memiliki kelebihan kerusi DUN (PAS 23
& BN 22) maka parti berlabel Islam itu kekal sebagai Kerajaan Negeri dan
Menteri Besarnya tetap Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Persoalan penting sekarang, adakah selama tempoh 2004 - 2008, BN
menjadikan isu undi popular untuk membangkitkan sentimen rakyat seterusnya
menggerakkan himpunan atau demonstrasi bagi menumbangkan pemerintahan PAS di
Kelantan?
Tentu sekali tidak, kerana polisi BN tetap menghormati keputusan
rakyat dan rata-rata pemimpin BN pula bukannya dari jenis provokator seperti
Anwar Ibrahim
7:39 AM
apa ko merepek nih...
7:50 AM
PRU 14 nanti suruh nuar pindahkan pengundi dari KL dan Penang ke tempat yang tak selamat untuk PKR, banyak kos tu? Kalau Nuar tak cukup kerusi kat Parlimen banyak syarikat kanopi boleh bantu... hehehe