Timbalan Pengerusi Barisan
Nasional Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan mengambil tindakan undang-undang
terhadap pihak yang terus menabur fitnah dan cuba mencemar nama baik
keluarganya.
Mukhriz yang juga calon BN bagi kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam berkata ini termasuk tuduhan Menteri Besar
Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini yang mengatakan beliau seorang
kapitalis.
Katanya tindakan akan diambil terhadap Azizan
yang berterusan memburukkan nama baiknya dan keluarganya sedangkan tuduhan Azizan
itu tidak berasas kerana bersumberkan blog pro pembangkang.
"Ini soal reputasi. Dia (Azizan) buat
tuduhan liar kerana mungkin baca dan percaya blog-blog karut ini. Tujuan mereka
hanya untuk raih undi masa kempen pilihan raya sahaja," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Azizan sebelum ini mendakwa Mukhriz bertanding
kerusi DUN kerana ingin mewujudkan kerajaan 'Mahathir' di Kedah.
Malah sebelum ini ada khidmat pesanan ringkas
(SMS) yang mengatakan keluarga itu memiliki saham dan syarikat arak dan akan
membina syarikat arak di Kedah jika menang pada PRU kali ini. Semua itu
dinafikan Mukhriz sebelum ini.
Mukhriz berkata kenyataannya ada pemimpin PAS
yang berfahaman Syiah adalah berdasarkan dakwaan pemimpin pondok agama di
negeri ini.
Katanya rata-rata mereka mendakwa pemimpin PAS
itu membawa fahaman Syiah dan merasakannya terlalu serius kerana menyentuh soal
akidah orang Islam.
Mukhriz berkata sehingga hari ini pemimpin PAS
itu langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan
terhadapnya sama ada dia berfahaman Syiah atau tidak.
"Yang jawab untuk dia, orang lain (Azizan).
Rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran mengenai dakwaan yang dibuat oleh
ilmuan pondok," katanya.
Azizan hari ini ketika ditanya benarkah dakwaan
bahawa seorang pemimpin PAS yang bertanding di Kedah pada pilihan raya umum
kali ini berfahaman Syiah, seolah-olah cuba mengelak menjawab isu itu dan meminta
wartawan bertanya kepada pemimpin itu sendiri.
"Banyak kat Malaysia ni, ada amalan syiah,
ada ajaran sosialis, Mukhriz tu ada kapitalis. Kalau mereka tanya Syiah itu apa
salah Syiah apa salah dia, tunjuk la bukti dia. Adakah dalam negara kita tak
boleh jadi ahli politik jikalau amalkan
Syiah," kata Azizan.
Mengenai penerimaan rakyat terhadap BN, Mukhriz berkata
rakyat kini kembali memberi sokongan padu kepada BN tetapi beliau bimbang
segala tohmahan fitnah dibuat pembangkang boleh memberi kesan kepada pengundi
di saat akhir.
Katanya beliau turut bimbang sekiranya keputusan
yang dibuat rakyat berdasarkan emosi menyebabkan peristiwa 2008 berulang dan
selama lima tahun rakyat menerima padah.
Beliau berharap rakyat di negeri ini bersikap
rasional dalam membuat keputusan dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah
pakatan pembangkang.
9:24 PM
Insyaallah...datuk mukhriz....solat dan doa adalah senjata utama kita sebagai muslim....berdoalah agar pihak yang buat fitnah pada datuk sekeluarga akan segera bertaubat...
9:52 PM
PAS KATA UMNO KAFIAK TAPI PAS YANG AMALKAN FITNAH MEEMFITNAH ...ORANG....ITU BUKAN PERAMGAI KAFIAK KE...
10:12 PM
Hari ni melintasi Markaz Pas Jerlun
terpampang kain rentang lebih kurang "kami tak mau kilang arak"
Kenapa sampai terok macam ni dah terasa bahang kekalahan kot.