Dari Buang Masa Berhimpun Baik Didik Penyokong Fahami Rukun Negara


Daripada membuang masa dan tenaga mengajak ahli dan penyokong mereka mengadakan perhimpunan semata-mata untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) lalu lebih baik pembangkang mengajar pengikut mereka tentang prinsip dan kepentingan Rukun Negara, demikian pandangan Exco Pemuda UMNO Malaysia,  Abdul Razak Abdul Rahman.

Tegas beliau memahami dan mematuhi Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

“Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.

“Namun apa yang terjadi sejak akhir-akhirnya, pihak pembangkang khususnya Anwar Ibrahim gagal membentuk dan mendidik anak-anak buahnya mengenai prinsip Rukun Negara ini.

“Mempertikai dan menganjurkan perhimpunan haram, mencela dan menghina Yang DiPertuan Agong melalui laman-laman sosial antara bukti bahawa penyokong pembangkang sebenarnya gagal menghayati prinsip Rukun Negara dan gagal menjadi warganegara Malaysia yang sebenar,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Kota Melaka.

Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini.

Jelas beliau lagi tindakan seperti mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu; kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta protes dan demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang terbabit membuat percaturan.

“Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama tanpa timbul masalah besar.


“Janganlah kita menggadai keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing,” tambahnya lagi.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Anonymous
    7:29 PM

    Betullah tu. Masa berhimpun lebih baik digunakan utk tazkirah dan brainwash dgn Rukunegara atau Etika hidup dlm mayarakat majmuk.Idris Jausi bekas Pengarah BTN kan ada.Gunakanlah kepakaran beliau bagi membina negara bangsa Malaysia dan belia2 Cina yg buta hati itu.Sia2 je punya ramai bekas Pengarah dan Panglima tentera klu tak digunakan utk kebaikan negara dan masyarakat!

  2. Anonymous
    7:57 PM

    Aku dan anak pun x pernahnd ajar bab rukun negara maksudnya kupasan hanya ikut m m burung kakak tua dan perlembagaan malaysia asing bagi pelajar yg tK masuk tingkatan 6 dalam pelajaran pengajian am ka ni mana ada, salah kerajaan jugakkerajaan umno , meka tak tau apa funsi agong raja dan TYT , salah umno jugak

  3. Anonymous
    2:03 AM

    Itu lah apasal belajar cam burung kakak tua macam org cina..menghafal tapi tak memikir dan mengkaji dengan mendalam sampai faham dan mampu memperoleh jati diri...

Post a Comment