Lima Fokus Utama Hasil Kajian Suara Hati Johor


Johor mengenal pasti lima fokus utama yang akan diberi tumpuan hasil kajian 'Suara Hati Johor' yang dilaksanakan sebagai pendekatan untuk mendapatkan maklum balas dalam usaha merakyatkan kerajaan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata lima fokus yang berdasarkan kehendak rakyat negeri ini membabitkan perumahan; keselamatan; agama; infrastruktur dan ekonomi yang akan diberi perhatian yang serius.

"Kajian Suara Hati Johor adalah usaha kerajaan negeri sebagai pendekatan untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat bagi bersama-sama merakyatkan kerajaan, memperkasa muafakat Johor antara kerajaan dan rakyat serta melestarikan pembangunan prorakyat.

"Kajian ini dijalankan dari 17 Jun hingga 24 Julai lalu membabitkan sembilan penyelidik, tiga pegawai penyelidik dan seramai 70 mahasiswa yang diuruskan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membabitkan peruntukan sejumlah RM200,000," katanya.

Mohamed Khaled menjawab soalan lisan Tan Chen Choon (DAP-Jementah) pada persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-13 di Kota Iskandar semalam.

Katanya bagi setiap tumpuan itu, makmal-makmal akan dibentuk dan akan dipengerusikan oleh anggota Exco kerajaan negeri selain mengadakan usahasama antara agensi berkaitan bagi merangka polisi terbaik dan merancang pelaksanaan berkesan sesuai dengan keprihatinan rakyat.

"Sebagai contoh bagi tumpuan perumahan, satu pasukan khas sudah dibentuk untuk merungkai permasalahan perumahan sama ada rumah mampu milik atau selainnya di Johor," katanya.

Baca seterusnya di JohorDaily.com
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    11:21 AM

    PERBANDINGAN 100 HARI BERJAWATAN MENTERI BESAR/KETUA MENTERI DIANTARA DATUK MUKHRIZ DAN DATUK WIRA IR IDRIS HARON

    Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Wira Ir Idris Haron ditemubual oleh pemberita sempena 100 hari menjawat jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri baru baru ini. Kedua duanya bercakap mengenai keluarga tetapi nada mereka berlainan.

    Datuk Mukhriz berikrar tidak akan mempertimbangkan dan meluluskan projek ekonomi negeri Kedah kepada keluarganya. Ikrar ini melonjakkan imej beliau dan BN pada kacamata rakyat Kedah.

    Datuk Wira Ir pula pun bercerita mengenai keluarganya. Beliau berkata pada kebiasaannya akan makan tengahari dan malam dengan anak anak beliau, Luqman Hakim dan Amira. Sejak dilantik ke jawatan tertinggi Melaka, anak anak beliau mula memahami kesibukan bapanya mensejahterakan rakyat Melaka sehinggakan tidak dapat makan bersama.

    Dutuk Mukhriz telah mengumumkan 2 pelaburan besar di Kedah termasuklah Ranbacy dari India di Kulim. Datuk Wira Ir belum berkesempatan untuk mengumumkan pelaburan baru atau tambahan. Mungkin dalam masa terdekat, beliau atau Pengerusi MTEN, Datuk Seri Mohd Ali akan berbuat demikian. Pelaburan baru `FDI’ memberikan indikator kepercayaan dan keyakinan pelabur terhadap peneraju negeri selain daripada dasar pelaburan yang `condusive’.

    Datuk Mukhriz berjaya memikat PM Datuk Seri Najib berkunjung ke Kedah untuk merasmikan majlis nasional. Pada 16 hb Ogos yang lalu, Kedah menganjurkan Hari Peneroka FELDA peringkat Kebangsaan. Malamnya PM melancarkan Majlis Kibar Jalur Gemilang peringkat nasional. Sebelah petangnya perasmian bangunan dan khidmat UTC Alor Setar.

    Datuk Wira Ir juga tidak ketinggalan di dalam menarik penganjuran majlis nasional. Melaka telah ditetapkan menjadi Penganjur Rumah Terbuka Aidil Fitri peringkat Kebangsaan. Majlis ini akan menjadikan Melaka menjadi kunjungan para Menteri Kabinet dan Parti BN juga orang ramai. Jalanraya akan menjadi sesak dan hotel penginapan akan penuh.

    Di bidang bolasepak pula, KFA akan berkerjasama dengan Cardiff City menubuhkan Akademi Bolasepak dan pasukan bolasepak negeri. Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Mukhriz telah menandatangani perjanjian memajukan sukan bolasepak Kedah. Penulis ingin melihat kebangkitan Kedah seperti mana zaman Allahyarham Datuk Basri Akil dahulu.

    Datuk Wira Ir dan MAFA mungkin sedang merancang sesuatu merancakkan perkembangan bolasepak Melaka. Diberitakan MAFA akan mengadakan mesyuarat akhir bulan ini untuk membincangkan masa depan bolasepak Melaka. Datuk Wira Ir ada kawan kawan yang boleh bercakap dengan pengurusan Cardiff City untuk tujuan kerjasama.


    Penulis dengan seikhlasnya ingin mengingatkan KM baru kita agar memerhatikan perkembangan Menteri Besar Kedah dan Johor. Mereka seangkatan dengan Datuk Wira Ir sebagai ketua pentadbiran negeri yang baru. Kecekapan dan dasar baru senantisa diperhatikan dan dinilai oleh rakyat dan politikus. Jika boleh jadilah ahli politik yang boleh memimpin dan memotivasi pegawainya kearah pencapaian matlamat. Ramai ahli politik yang boleh menjalankan tugas (implementor) daripada memimpin (leader). You are the implementor or a leader?

    Beberapa dasar dan polisi kerajaan didapati memperbaiki imej Kerajaan dan sokongan ahli UMNO. Menteri Besar Johor mengumumkan kadar cukai harta dan tanh yang berbeza diantara rakyat Malaysia dengan bukan rakyat Malaysia. Beliau juga membuat keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh pajakan tanah perindustrian Larkin.

    Penulis ada menyarankan Kerajaan Melaka berhati hati di dalam memberikan pajakan tanah kerajaan kerana terlalu ramai broker UMNO/BN yang ingin membuat duit panas dan cepat.

  2. Anonymous
    1:14 PM

    tahniah MB Johor... ini yang kami mahu. bukannya spt MB yg lama...

Post a Comment