Tolak Anasir Rosakkan UMNO Untuk Adu Domba Ahli-ahli Parti


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru mengajak ahli-ahli UMNO khususnya ahli-ahli Pemuda untuk menolak segala adu-domba pihak-pihak tertentu termasuk di dalam UMNO sendiri, yang mahu melihat parti UMNO hancur dan berpecah-belah, khususnya menjelang pemilihan di segenap peringkat UMNO tahun ini.

Penolong Setiausahanya, Syaiful Rizal Bin Abdul Ghani berkata, demokrasi yang diamalkan ketika pemilihan jawatan dalam UMNO perlu dikekalkan demi kemantapan parti. Biarkan kita mengekalkan seperti apa yang ada sekarang ini. Ini peluang yang baik untuk mereka meletakkan pemimpin, supaya UMNO sentiasa dalam keadaan demokrasi.

“Warisan perjuangan UMNO ini tidak boleh dijual beli dan tidak boleh diubah kerana ia warisan pejuang yang terdahulu yang telah berkorban untuk anak bangsa. Kita harus sedar, perjuangan UMNO selama ini telah membawa kestabilan, keamanan, kemakmuran dan semua nikmat yang bermakna kepada anak bangsa dan semua yang hidup bersama dalam masyarakat di dalam Negara kita.

Tidak ada jalan pintas dan dan mudah untuk pewaris UMNO berjuang menuju kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan. Hanya dengan kembali kepada asas perjuangan, UMNO dapat berjuang dalam landasan yang sama dan mampu meneruskan perjuangan memimpin generasi muda ke era 2020 dan selepasnya,” ujarnya. 

Dalam masa yang sama, tambahnya, ahli-ahli UMNO juga harus berwaspada kerana wujud pihak-pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekeliruan, huru-hara dan adu domba yang bertujuan memecahbelahkan parti.

“Pemilihan yang dibuat secara terbuka ini juga telah memberi ruang yang amat besar kepada ahli-ahlinya di semua peringkat bagi menentukan kepimpinan dan dalam masa yang sama menyekat politing, mengelakkan sifat berpuak-puak dan menghindari politik wang.


“Dalam keadaan UMNO semakin mendapat sokongan di kalangan rakyat khususnya bangsa Melayu di negara ini, sudah tentu ada pihak yang tidak berpuas hati dan merancang untuk mengganggu gugat keutuhan UMNO, khususnya ketika berlangsungnya pemilihan kepimpinan,” ujarnya lagi.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment