Keharmonian Dan Toleransi Penduduk Berbilang Kaum Asas Terpenting Keutuhan Malaysia - Muhyiddin


Keharmonian dan toleransi penduduk berbilang kaum adalah asas terpenting yang perlu dipupuk untuk menjadi tunjang dan tonggak negara Malaysia yang utuh, berwibawa dan dihormati, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tanpa keharmonian dan toleransi, setiap usaha pembangunan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana rakyat sentiasa bercakaran sesama sendiri sekali gus kelak melumpuhkan kesejahteraan yang diusahakan sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi.

"Kita harus akui dan memberi pengiktirafan kepada setiap usaha kerajaan untuk membangunkan negara dan pada masa sama mengisi keperluan rakyat secara keseluruhannya, tugas itu tidak mudah dan menuntut komitmen serta pengorbanan yang bukan sedikit," katanya dalam perutusan sempena Jubli Emas Hari Malaysia ke-50 yang akan disambut esok.

Tegas Muhyiddin, kerajaan sejak zaman kepimpinan Almarhum Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sehingga sekarang, tidak pernah mengetepikan hak rakyat di negara ini biar apa pun kaum atau agama anutan mereka.

Katanya Perlembagaan Persekutuan menjadi asas serta panduan bagi memastikan hak asasi rakyat tidak disisihkan, dan kerajaan, dari semasa ke semasa, melaksanakan pelbagai usaha dan program untuk mengisi keperluan rakyat baik dalam bentuk pembangunan fizikal mahupun pengisian rohani.

Justeru, Muhyiddin menggesa semua rakyat Malaysia agar mensyukuri setiap nikmat yang telah dan akan diperoleh.

"Hakikatnya, tanpa sumbangan serta penglibatan setiap golongan masyarakat di Malaysia, kita tidak akan dapat berdiri seperti sekarang ini," katanya.

Juga penting, kata Muhyiddin, adalah memastikan gandingan rakyat dan pemerintah yang mantap diteruskan supaya Malaysia dapat terus membangun dan gemilang.

Katanya rakyat yang kuat dan pandai membuat penilaian tidak akan terjerumus ke dalam apa juga kancah yang cuba ditimbulkan oleh pihak tidak
bertanggungjawab.

Muhyiddin berkata kerajaan menerusi dasar dan program yang diperkenalkan termasuk yang terbaharu, Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, sentiasa memberi ruang yang amat luas kepada rakyat Malaysia tanpa ada sempadan atau batasan baik di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak, rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Menekankan signifikannya sambutan Jubli Emas Malaysia, Muhyiddin berkata penyatuan negeri-negeri di Semenanjung tanah air dengan Sabah dan Sarawak berjaya melahirkan negara Malaysia yang unik, harmoni dan pesat membangun.

"Sejarah membuktikan bahawa usaha menyatukan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung bersandarkan hasrat murni barisan kepimpinan terdahulu yang mahu melihat Malaysia secara keseluruhannya bergerak seiring dalam mengisi denyut nadi pembangunan," katanya.


Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata penyatuan jiwa bangsa di bawah nama Malaysia dapat menyerlahkan lagi keunikan serta kepelbagaian penduduk di negara ini sekali gus menjadikannya destinasi menarik sehingga menimbulkan rasa kagum masyarakat luar.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    7:54 PM

    Sekadar mohon pencerahan dan berkenaan info ini yg disebar melalui wasapp...
    Pro bn perlu bantu jika info berlegar dikalangan penjawat awam swasta yg cetek ilmu ekonomi...akan jadi fakta..krna bnyk yg berjwtn guru pun mudah ditipu online scam..
    Apa lagi isue minyak dan kenderaan..


    Tulisan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan di blognya hari ini memetik laporan The Edge, harga kereta di Malaysia ke-2 tertinggi di dunia dan ia tak mengejutkan.

    Rakyat Malaysia juga terpaksa membayar cukai lebih satu kali ganda lebih mahal berbanding negara lain. Tulisan penuh beliau.

    Turunkan Harga Kereta Dulu Sebelum Naikkan Harga Minyak

    Laporan The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan. Struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.



    Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia.

    Barisan Nasional sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak. Sebaliknya Barisan Nasional tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.

    Sebenarnya, sebuah isirumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70% dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding
    jumlah subsidi minyak yang diperolehi.

    Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan. Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isirumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan.

    Bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isirumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan.

    Ini bermakna, Barisan Nasional mencukai rakyat Malaysia dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata.

    Ini adalah ketidakadilan yang nyata dan jelas menindas rakyat. Lebih teruk apabila Barisan Nasional enggan pula mengakui hakikat bahawa ia mencukai rakyat lebih banyak dari subsidi minyak yang diwar-warkan.

    Saya akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar Barisan Nasional mahu harga minyak mengikut pasaran dunia.

    RAFIZI RAMLI
    Pengarah Strategi PKR
    Ahli Parlimen Pandan

Post a Comment