Saya Tidak Terdesak Pujuk Azalina


Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan dakwaan kononnya beliau menghantar wakil bagi mengadakan 'perbincangan sulit' dengan Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung perebutan jawatan Ketua Wanita Umno.

Tegasnya, beliau tidak terdesak untuk menggunakan taktik tersebut sehingga menyaksikan Azalina mengumumkan pendiriannya menarik diri daripada meneruskan hasrat bertanding jawatan tertinggi sayap itu.

"Saya tidak terdesak dan saya yakin Datuk Seri Azalina juga tidak terdesak.

"Tidak ada wakil atau deligasi daripada pihak saya untuk bertemu dengan Azalina," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan kononnya keputusan Azalina menarik diri daripada mencabar kedudukannya sebagai Ketua Wanita Umno disebabkan wujudnya perjanjian tertentu antara kedua-dua pihak.

Dakwaan turut menyatakan bahawa Azalina menerima 'nasihat' agar tidak memberi tentangan kepada Shahrizat yang berkemungkinan akan menyebabkan perpecahan dalam sayap pergerakan itu.

Baru-baru ini Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno namun membayangkan akan menyertai saingan merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno.

Mengulas mengenai hasrat Azalina itu, Shahrizat berkata Wanita Umno akan memberi sokongan padu kepadanya jika beliau mahu bertanding di kedudukan tersebut.

"Wanita akan sokong beliau...secara prinsipnya kita akan sokongan siapa sahaja jika mereka bertanding diperingkat Majlis Tertinggi.


"Sudah pasti kita akan sokong Datuk Azalina jika beliau mengesahkan bertanding nanti," katanya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment