Exco Pergerakan Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim berkata,
DAP akan terus bermain sandiwara bagi mengelirukan rakyat berkenaan kemelut
pemilihan semula CEC.
Terbaru jelas beliau didakwa kononnya Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng menerima ugutan bunuh dan ini boleh dianggap satu lagi taktik terbaru
DAP di dalam mengalih isu CEC.
Justeru tambahnya lagi dek kerana tertekan dengan sikap ahli DAP
sendiri yang menggesa kepimpinan DAP berhubung pemilihan tersebut maka cerita
baru terpaksa direka agar kepincangan mereka dapat ditutup rapat.
Semalam Guan Eng mendakwa menerima ugutan bunuh melalui laman
twitternya yang dipercayai ada kaitan dengan permasalahan pemilihan CEC.
Selain itu Guan Eng turut melahirkan rasa tidak percaya dan menuduh
pihak polis sebagai ‘double standard menyebabkan dia masih menimbangkan samada
mahu membuat laporan polis atau tidak.
“Ini semua adalah propaganda DAP. Seperti biasa mereka akan
menuduh pihak lain untuk rakyat kembali membenci polis kononnya polis bersikap
tidak adil dan pilih kasih.
“Inilah kepakaran DAP di dalam mengalih perhatian rakyat daripada
melihat keburukan mereka. Sekiranya sentimen di hati rakyat telah disemarakkan
maka isu CEC tidak lagi menjadi perhatian,” jelas Norliza.
Tambah Norliza yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian
Bukit Gelugor, seharusnya sebagai seorang Ketua Menteri, Guan harus mempercayai
kredibiliti pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara ini serta memberi
sokongan sepenuhnya tanpa ada rasa prejudis.
Pihak berkuasa sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka tanpa ada
rasa pilih kasih atau parti politik. “Bagaimana seorang Ketua Menteri boleh
mengeluarkan kenyataan tidak percaya kepada pihak berkuasa.
“Ini sebenarnya adalah dalih mereka. Jika benar dia menerima
ugutan bunuh, laporan polis mesti dilakukan dan siasatan akan dibuat. Bukan
menuduh pihka polis tidak adil dan pilih bulu,” jelasnya lagi.
dap-rasis-india-dinasti-kroni-tak-demokratik-demokrasi-pemilihan-kotor-ros-ahli-bantah-pejabat
Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan semula
pemilihan CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan berkaitan
dakwaan berlaku penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547
perwakilan pada pemilihan parti itu.
Bagaimanapun, parti itu sebelum ini berulang kali mempertahankan
bahawa pemilihan berkenaan diadakan secara bersih dan kesilapan yang berlaku
adalah disebabkan masalah teknikal.
DAP pada awalnya membantah arahan ROS itu namun kemudian
memutuskan akan berbuat demikian.
Sumber: UMNO-Online
8:39 AM
Ni la nama family LIM drama king..appa sama anak mmg perangai sama..pusing kaki spin..auta dasar unta