UMNO
Johor sudah menyerahkan laporan mengenai dakwaan ‘perwakilan hantu’ dalam
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pemuda UMNO Gelang Patah kepada Jawatankuasa
Pemilihan Pusat, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.
“Laporan
kita telah serah ke pusat dan saya pasti saudara Khairy (Jamaluddin) (Ketua
Pemuda) akan buat keputusan. Terserahlah kepada ibu pejabat untuk tentukan sama
ada mesyuarat semalam sah atau tidak,” katanya.
Mohamed
Khaled yang ditemui pemberita selepas melancarkan Empower Wilayah Ekonomi
Pantai Timur di sini, diminta mengulas mengenai kekecohan ketika pemilihan
Pemuda UMNO Gelang Patah yang menyebabkan mesyuarat terpaksa ditangguh.
Mengulas
insiden itu, Mohamed Khaled berkata isu perwakilan hantu tersebut timbul
apabila jumlah perwakilan yang diumum oleh Pengerusi Tetap Sahid Amun tidak
sama dengan jumlah undi yang diterima.
“Saya
difahamkan ketika pengerusi tetap umum masih ada perwakilan yang mendaftar. Dia
umum awal kerana hendak mulakan mesyuarat, namun jumlah yang mendaftar kemudian
ini tidak diumumkan. Jadi soalnya sama ada yang perwakilan tambahan itu
perwakilan hantu atau tidak biarlah mereka yang siasat,” katanya.
Kekecohan
tercetus ketika keputusan diumumkan apabila didapati jumlah kertas undi yang
diterima melebihi bilangan perwakilan. Dalam insiden itu bekas Ketua Pemuda
bahagian Noorisham Ismail turut ditumbuk oleh seorang penyokong calon yang
bertanding jawatan itu.
Jumlah
perwakilan hanya 194 namun kertas undi yang diterima 205, sekali gus
dipertikaikan oleh penyokong calon-calon bertanding.
Perebutan
jawatan ketua Pemuda Gelang Patah menyaksikan pertembungan antara Julnizam
Janisan dan Abdul Hamid Soaip. Keputusan yang diumum memihak kepada Julnizam.
Sementara
itu, Mohamed Khaled berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan proses
pemilihan ketiga-tiga sayap di negeri berkenaan.
Kemenangan
banyak muka baru, katanya menunjukkan demokrasi dalam parti berjalan dengan
baik.
“Untuk
sayap Wanita, kita mendapat lima ketua baharu dan tiga lagi penyandangnya
kalah, manakala bagi ketua Pemuda, 23 merupakan orang baharu diikuti Puteri
seramai enam orang,” katanya.
Beliau
turut berharap mereka yang dipilih itu tidak menghampakan perwakilan yang
meletakkan kepercayaan kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab sebaik
mungkin.
0 Komen