Desak Karpal Singh Minta Maaf Hanya Sekadar 'Jenaka Politik' Pemuda PAS

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan hari ini melihat isu desakan Pemuda PAS yang mahukan rakan sebantal mereka,  Karpal Singh memohon maaf menjadi jenaka politik di kala ini.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, permilihan sudah tamat, yang menang sudah menang, namun jenaka politik Pemuda PAS terhadap isu Karpal yang mahu beliau memohon maaf terhadap kenyataan parti politik yang berasaskan agama dan kaum perlu dimansuhkan akan lenyap begitu sahaja.

"Saya masih ingat kenyataan Nasaruddin Tantawi terhadap kenyataan Karpal "langkah mayat dahulu jika mahu wujud negera Islam", dengan bangganya Mantan Ketua Pemuda PAS ini mengatakan karpal sudah boleh bincang soal hudud ternyata dusta belaka.

Itulah peranan PAS yang tidak sudah-sudah mengunakan soal agama demi mendapat populariti dan kemenangan dengan menipu," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Sehubungan dengan itu, rakyat harus sedar bahawa PAS mempergunakan Karpal demi mendapat sokongan, dan pembohongan ini bukan satu budaya yang elok dalam masyarakat hari ini.

"Saya nasihatkan PAS agar berhenti la bermuka-muka dengan teman sebantal mereka. Jangan sering mainkan emosi ahli kamu," tambahnya lagi.


Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment