Perpaduan Melayu, Perkasakan Ekonomi Dan Pendidikan Harus Jadi Agenda Utama PAU2013


Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ahmad Nazlan Idris menyeru semua perwakilan yang akan bersidang pada Perhimpunan Agung UMNO minggu depan agar dapat memberikan pandangan dan perbahasan yang menjurus kepada perpaduan ahli-ahli UMNO di semua peringkat. 

Ujarnya, ia penting kerana kita UMNO baru sahaja menghadapi pemilihan jawatankuasa di peringkat cawangan, bahagian dan di peringkat pusat, melalui sistem pemilihan baru hasil ilham YAB Presiden UMNO, yang buat transformasi dalam pemilihan UMNO kali ini.

“Ia merupakan kaedah baru yang pada hemat saya, sangat baik dan sangat bertepatan dengan hasrat perubahan kepimpinan Negara untuk melihat sesuatu yang baru dalam UMNO.

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama memantapkan barisan kita, merapatkan barisan kita, bersatu hati dan tenaga dalam satu pemikiran dalam usaha mengemblingkan segala kekuatan yang ada bagi memantaokan parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Jerantut.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru ahli dan pemimpin parti, menteri-menteri yang ada dalam kerajaan untuk melihat semula bagaimana kita nak memperkasakan ekonomi orang Melayu.

“Kita harus menumpukan perhatian kita ke arah pembinaan ekonomi orang Melayu yang lebih mantap. Kita sedar Dasar Ekonomi Baru tidak menepati sasaran kita, kita tak mampu untuk berpecah lagi kerana tempoh 2020 tidak lama lagi dan sempena Perhimpunan Agung UMNO ini, sama-samalah kita memberikan pandangan, ilham kepada kepimpinan parti.

Selain itu, saya mengharapkan agar kita dapat membincangkan juga usaha memperkasakan bidang pendidikan  khususnya untuk orang Melayu. Segala kemudahan kerajaan dah sediakan, banyak kemudahan tetapi orang Melayu masih lagi berada di tahap, di takuk yang tidak memuaskan dalam pencapaian bidang pendidikan ini.

Kita boleh melihat rakan kita, kaum Cina. Mungkin kemudahan sedikit kurang berbanding orang Melayu tetapi pencapaian mereka terbaik malah akhir-akhir ini masyarakat India juga menunjukkan keupayaan mereka dalam bidang pendidikan tetapi kita orang Melayu masih kurang dari segi pencapaian pendidikan. Di mana silapnya?

Oleh itu, kita sudah tidak boleh meletakkan kesalahan pada orang lain lagi, kita juga tidak boleh meletakkan kesalahan kepada kerajaan, tetapi kita setiap individu Melayu, apakah sumbangan kita untuk memperkasakan pendidikan orang Melayu? ,” tambahnya lagi.

Oleh itu, besarlah tanggungjawab perwakilan UMNO untuk membincangkan dan membahaskan perkara penting untuk memperkasakan orang Melayu, khususnya dari segi pendidikan, ekonomi dan perpaduan orang Melayu.


“Bak kata pepatah orang Melayu, sebatang lidi mudah sangat orang memperkotak-katikkan, tapi kalau seberkas(segenggam) lidi, tidak ada sesiapa untuk memperkotak-katikkan kita. Kerjasama, perpaduan dan kesatuan kita, insya-Allah kepimpinan Melayu dalam kerajaan BN ini melalui UMNO akan terus berada di bumi bertuah Malaysia ini” tambahnya lagi. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    8:23 AM

    Lihat SURAU kita ni yg. begitu miskin dan uzur di Sabah - sedangkan puak Kristian Zionis DAPBANGKAI/PKR terus mara nak MENGKRISTIANkan (termasuk melalui perkahwinan), seramai Bumiputera miskin Sabah/Sarawak serta Orang Asli dan kaum India miskin! Inilah balanya bila si LIBERAL Islam/Melayu asyik TUNDUK dgn. ANJING-ANJING KURAP KAPIR HARBI MUSUH Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR!

    Lihat saudara-saudara baru kita dari Bumiputera Sabah, yg. terpaksa MERANA dengan surau uzur ini - di http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20131127/ba_02/Impikan-sebuah-surau, Impikan sebuah surau, 27/11/2013:

    BEGINILAH keadaan surau di Kampung Samparita, Kota Marudu, Sabah sejak surau asal dihanyutkan banjir.

    HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri’ adalah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan perjalanan hidup Mohd. Yusof Moribin Abdullah @ Moribin Mapan, 42, petani dari Kampung Samparita, Kota Marudu, Sabah ini.

    Setelah merantau ke Melaka sejak sekian lama, Mohd. Yusof sanggup meninggalkan jawatannya sebagai Pembantu Hal Ehwal Agama Islam di Unit Saudara Baharu di Majlis Agama Islam Melaka, semata-mata ingin berkhidmat kepada kampung halamannya.

    “Saya sudah puas duduk di rantau orang, kini saya ingin menyemai bakti kepada tanah kelahiran ini terutama dalam memperkembangkan syiar Islam,” katanya tanpa sedikitpun rasa menyesal dengan pilihannya itu.

    Di samping itu, Mohd. Yusof yang telah mempunyai keluarga bertekad untuk berbudi kepada tanahnya yang telah lama tidak diusahakan sejak merantau ke negeri Pahlawan Melayu, Hang Tuah itu.

    Katanya, meskipun kehidupannya sekeluarga sebelum ini boleh dibanggakan ketika berada di negeri tersebut, namun himbauan Samparita yang memerlukan kehadirannya tidak dapat dipadamkan begitu saja.

    “Perkara paling utama yang selalu menjengah dalam fikiran saya ialah rasa tanggungjawab terhadap keluarga dan rakan-rakan di sini yang begitu tertarik akan agama ini, ertinya jika saya ada di sini, mudahlah bagi saya memberi penjelasan jika mereka memerlukannya.

    “Dalam pada itu saya selalu menekankan kepada sanak saudara saya yang belum terbuka hatinya untuk memeluk agama suci ini, bahawa tiada paksaan dalam beragama dan agama Islam tidak membenarkan penganutnya memutuskan tali persaudaraan meskipun berlainan anutan,” jelasnya.

    Oleh MABULMADDIN SHAIDDIN

    SAYA amat terkejut dan hiba apabila diberitahu bahawa penduduk Islam Kampung Samparita di sini hanya menggunakan sebuah rumah kosong uzur sebagai tempat beribadah dan mendirikan solat berjemaah,” luah Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sabah, Samin Ongki sambil menahan sebak.

    Kampung Samparita di daerah Kota Marudu, Sabah adalah sebuah kampung yang terpencil agak jauh ke dalam kawasan bukit dan hanya dapat dihubungi dengan jalan yang agak ‘melelahkan’, meskipun mempunyai bangunan sekolah yang lebih cantik daripada kampung-kampung lain di daerah itu.

    Di kampung ini, terdapat 20 buah keluarga Islam yang terpaksa menggunakan sebuah rumah kosong milik Sagina Tanggu untuk mendirikan solat berjemaah, solat hari raya dan ibadah-ibadah lain kerana surau mereka yang didirikan pada 1983 telah lenyap akibat dihanyutkan arus deras banjir.

    Sehubungan itu, Samin memohon pihak berkenaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar menyegerakan pembinaan surau di kampung berkenaan demi meninggikan syiar Islam, selain untuk membela nasib masyarakat Islam di situ.

    “Negara kita adalah negara Islam, tidak mungkin terjadi perkara ‘terlepas pandang’ dalam hal yang penting sebegini. Malah situasi ini boleh mendatangkan keaiban sekiranya masyarakat luar tahu mengenainya,” tegasnya....

    TERUSKAN MEMBACA.

    Makcik Sambal Belacan.

Post a Comment