Bolasepak Johor Di Ambang Kemasyhuran


"Saya tidak memerlukan sebarang anugerah daripada sebuah badan pentadbir bolasepak yang tidak konsisten untuk mengiktiraf segala kemajuan dan pencapaian Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah diberi penghormatan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan baru-baru ini.

Kepada para penyokong Johor, saya ingin memaklumkan bahawa laman web Johor Southern Tigers dan JDTTV menjadi tatapan di lebih 44 buah negara. Terdapat lebih sejuta hits di laman web kita ketika siaran langsung perlawanan Harimau Muda bertemu JDT II pada Jumaat lalu. Pengunjung kedua paling ramai ke laman web kita adalah dari Amerika Syarikat, diikuti Singapura, Kanada dan Jepun. Terdapat juga pengunjung dari Eropah, Amerika Latin dan Asia.

Kemudahan stadium dan kemudahan lain berkaitan bolasepak di seluruh negeri juga sedang dinaiktaraf. PBNJ juga sedang dalam rundingan dengan sebuah syarikat dari China untuk mendirikan Akademi Bolasepak Johor - Chelsea, yang akan menggunakan modul akademi bolasepak kelab tersebut.

Selain pasukan kebangsaan, JDT dan JDT II merupakan pasukan pertama dalam negara ini yang mendapat tajaan jenama gergasi Nike. Semua ini sedang dilaksanakan dan bukan sekadar dalam peringkat perancangan. Tiada maknanya menjulang piala jika dunia tidak mengenali siapa kita. Saya bukan di sini sekadar untuk bertanding, saya ingin menempa legasi yang akan diingati sehingga generasi-generasi mendatang. In Shaa Allah, Johor akan sentiasa dan kekal sebagai Johor.

Kepada Allah Kita Berserah. As-salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

Tunku Mahkota Johor / Presiden PBNJ



Sumber:   FB - Kesultanan Johor
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment