Jangan Uji Kesetiaan Rakyat Kepada BN Dengan Menaikkan Harga Tambang Pengangkutan Awam

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menyelar kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang membayangkan kenaikan harga tambang perkhidmatan awam tahun depan.

EXCOnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, nampak seakan-akan ada perlumbaan di kalangan GLC untuk berlumba-lumba menaikkan harga perkhidmatan tanpa memikirkan kesan yang bakal diterima rakyat khususnya di kawasan bandar ini.

"Kerajaan sebelum ini telah mengalakkan rakyat khususnya warga kota untuk menggunakan perkhidamatan awam, namun cadangan untuk menaikkan tambang perkhidamatan awam ini seakan-akan menjari jerat untuk pengguna khususnya warga kota yang sedia maklum telah terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur ini.

Adalah tindakan dan cadangan ini mahu menguji kesetiaan rakyat yang telah memberikan kemenangan kepada BN dalam Pilihanraya Umum ke13 yang lalu?," ujarnya yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Pemuda mendesak pihak kerajaan untuk menilai semula cadangan-cadangan yang akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat khususnya warga kota yang berpendapatan sederhana yang saban hari menggunakan perkhidamatan pengaangkutan awam setiap hari .

"Pihak SPAD perlu jelaskan kepada rakyat bandar khususnya, penambahbaikkan terhadap sistem pengangkutan awam dalam tempoh 5 tahun ini yang memungkinkan kos tambang perlu ditingkatkan.

Kerajaan perlu membuat peningkatan kos terhadap apa juga keperluan rakyat sejajar dengan peningkatan pendapatan, pada masa  ianya tidak sesuai memandangkan purata pendapatan penduduk bandar masih rendah.

Diharap kerajaan tidak menjadikan peningkatan gaji atau pendapatan kakitangan awam sebagai ukuran bagi membolehkan keperluan-keperluan lain ditingkatkan kerana ianya bukan petunjuk jelas pendapatan purata rakyat," tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, SPAD seharusnya melihat atau menbuat kajian latar belakang pengguna pengangkutan awam yang rata-ratanya merupakan golongan pekerja kelas sederhana dan rendah manakala kelas menengah dan atasan menggunakan pengangkutan sendiri.

"Rakyat yakin dan percaya perlu ada peningkatan kos tambang terhadap pengangkutan awam dan adalah mustahil ianya dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Cuma perlu melihat mutu perkhidmatan serta keselesaan kepada pengguna.

Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu menjelaskan rasional terhadap peningkatan pelbagai kos yg dilihat seperti sudah dirancang," tambahnya lagi.



Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    4:30 PM

    lepas ni PRK PRU semua kasi pembangkang 100% undi.kasi ajar sikit BN ni.Tak reti urus negara letak jawatan dan kasi orang lebih pandai urus.

Post a Comment