Nelson Mandela Pejuang Rakyat, Anwar Pula Perguna Rakyat Demi Perjuangan Peribadinya


Kenyataan Naib Presiden PKR, N. Surendran menyamakan perjuangan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dengan Mendiang Nelson Mandela Jauh baru-baru ini `jauh panggang dari api’.
                
Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor, Aedi Rizwan Hj Suhaimi berkata, mendiang Nelson Mandela memperjuangkan hak peribumi dan dasar Apartheid berbeza dengan perjuangan Anwar Ibrahim yang berjuang demi cita-cita peribadi.

“Nelson Mandela dipenjarakan 27 tahun kerana menentang penindasan terhadap bangsa kulit hitam dan peribumi. Anwar Ibrahim pula dipenjarakan kerana salah laku dan masalah peribadi beliau.

Perjuangan kedua mereka berbeza. Nelson Mandela memperjuang hak bangsa manakala Anwar sendiri dari tindak tanduk beliau  jelas mengkhianati bangsa,” ujarnya yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor.

Tambahnya, kenyataan ini bukan sahaja seakan-akan mahu `membodek’ Anwar, malahan satu kenyataan kebudak-budakkan yang tidak mempunyai asas kukuh untuk menyamakan antara pejuang rakyat iaitu Nelson Mandela dan pejuang yang mempergunakan rakyat untuk meraih simpati demi merealisasikan perjuangan peribadinya iaitu Anwar Ibrahim.

Perjuangan Nelson Mandela konsisten dari dahulu walaupun dipenjarakan berbanding Anwar,  perjuangan berubah-berubah ketika dalam UMNO dan kerajaan dan ketika di luar UMNO dan tiada jawatan dalam kerajaan.

 “Jadi, kalau kita nak samakan perjuangan seperti Nelson Mandela dengan pemimpin tanah air, yang paling layak adalah Dato Onn Jaafar. Ini kerana mereka berdualah yang benar-benar memperjuangkan hak bangsa masing-masing, cuma yang membezakannya, Dato Onn Jaafar tidak dipenjarakan.

Jadi, rakyat janganlah terkeliru dengan kenyataan-kenyataan tidak berasas ini yang sengaja dibuat untuk meraih perjuangan rakyat, yang mahu mengelirukan rakyat. Jadi, nasihat buat N. Surendran, carilah isu lain kalau nak `membodek’ Anwar Ibrahim kerana Rakyat Afrika Selatan menangisi kematian Mandela tetapi di sini, rakyat bersedih kerana sering digunakan oleh pemimpin-pemimpin seperti Anwar Ibrahim untuk memenuhi nafsu dan matlamat peribadinya sendiri.

Nelson Mandela dipilih sebagai Presiden dengan mendapat sokongon seluruh rakyat Afrika, berbeza dengan Anwar sehingga kini tidak mendapat sokongan seluruh rakyat Malasia terutamanya sokongan dari orang Melayu dan bumiputera,” tambahnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment