1. UMNO Selangor melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri
Besar Selangor terhadap isu Kalimah Allah dan rampasan Bible oleh JAIS jelas
menunjukkan beliau telah mengkhianati Aku Janji yang dilafazkan di hadapan DYMM
Sultan Selangor ketika perlantikan sebagai Menteri Besar.
2. Antara Aku Janji yang dilafazkan oleh beliau adalah beliau
berjanji akan memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam
sebagai Agama Negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh
mana-mana pihak.
3. UMNO Selangor kesal dengan Menteri Besar yang tidak memahami
penyelesaian 10 Peraturan yang diluluskan oleh kabinet kerana ianya tidak boleh
mengatasi undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan negeri. Penyelesaian 10
perkara ini hanyalah satu polisi dan bukannya undang-undang yang boleh
dikuatkuasakan. 10 perkara itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan
pengimportan Injil versi berbahasa Melayu ke dalam negara ini dan langsung
tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah Allah
4. Kenyataan beliau menunjukkan beliau tidak menghormati
undang-undang negeri Selangor dan jelas kuasa executive telah mencampuri kuasa
perlaksana undang-undang di negeri Selangor kerana JAIS tidak lagi dibenarkan
mengambil keputusan sendiri dalam menguatkuasakan peraturan sedia ada
5. Sebagai seorang Menteri Besar beliau wajib membantu DYMM Sultan
Selangor mempertahankan kesucian agama Islam dan bukan hanya bergantung kepada
DYMM Sultan Selangor sahaja. Oleh sebab itu di dalam perlembagaan negeri Selangor
ada menyebut bahawa hanya orang Melayu beragama Islam sahaja yang layak menjadi
Menteri Besar.
6. UMNO Selangor melihat kerajaan negeri tidak memahami konteks
kebebasan beragama yang disebut di dalam Perlembagaan di dalam artikel 11 dan
tertakluk kepada artikel 11 (4).
7. Kenyataan beliau untuk mengheret Kementerian Dalam Negeri (
KDN) dalam isu ini adalah satu usaha untuk menyalahkan kerajaan persekutuan.
Cop KDN hanya terpakai di negeri-negeri yang tidak mempunyai Enakmen 1988
seperti di negeri Pulau Pinang, Wilayan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
8. UMNO Selangor melihat arahan supaya JAIS memulangkan semula
Bible dalam Bahasa Melayu memperihatkan Menteri Besar telah tunduk dengan
desakan DAP. UMNO Selangor akan memulakan road show dalam menjelaskan kepada
rakyat apa sebenarnya yang berlaku.
Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.
6:21 PM
Mb yg dijerut kotenyer oleh cina kafir....hehe...
9:27 PM
mana pergi puak pencacai pas pis pus..dah masuk ke dalam ke biji tu.?
atau layak di panggil penggadai agama.