Tutup Pusat Giat MARA Ada Unsur Politik - KJ


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melihat penutupan Pusat Giat MARA di Selayang mempunyai unsur-unsur politik kerana beliau tidak faham mengapa Pusat Giat MARA yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu, tiba-tiba dapat notis untuk pindah.

Tambahnya, kenapa selama ini tidak ada notis malah kerajaan pakatan di negeri Selangor, bukan penggal yang pertama.

"Kenapa penggal yang lepas tak bagi notis? Kenapa tiba-tiba dapat notis, di Sabak Bernam, di Selayang, sampaikan kita risau setiap Pusat Giat MARA di Selangor ini akan ditutup.

Apa salahnya Pusat Giat MARA ini. Semalam saya baca kenyataan Menteri Besar, dia kata Pusat Giat MARA tidak menggunakan tanah secara optimum. Apa maksud beliau kerana Pusat Giat MARA adakah pusat latihan bagi anak-anak muda.

Pemuda UMNO adalah penyokong kuat Pusat Giat MARA kerana dari dulu lagi kita bekerjasama dengan pusat ini dalam program Jelajah 1Malaysia (JOM), banyak program-program yang kita buat dengan Pusat Giat MARA ini," ujarnya mengulas notis tindakan menutup Pusat Giat MARA Selayang baru-baru ini.

Tambahnya, Pusat Giat MARA ini telah melahirkan ribuan anak-anak muda yang sebelum masuk Pusat Giat MARA ini, mereka tidak ada harapan sebaliknya selepas keluar dari mendapat latihan di sini, dapat pekerjaaan di atas kelayakan yang mereka perolehi dari Pusat Giat MARA ini dalam bidang vokasional.

"Apakah salah Pusat Giat MARA? kenapa kerajaan negeri Selangor tidak boleh berunding dengan Pusat Giat MARA, kenapa tiba-tiba keluarkan notis. Memang betul notis itu satu tahun tetapi tetap notis untuk keluar juga, tetap notis untuk pindah juga.'

Kenapa kerajaan negeri tidak membincangkan dengan pihak Kementerian Luar Bandar dan Wilayah mengenai status tanah. Ianya boleh dibincangkan, kalau isunya Pusat Giat MARA duduk di atas tanah yang bukan milik kerajaan persekutuan, memang betul sebab tanah itu bukanlah milik kerajaan persekutuan atau milik MARA.

Pusat Giat MARA ini bukanlah tempat kita buat kegiatan tidak positif, kegiatan yang haram, kegiatan yang tidak membina tetapi pusat ini adalah tempat membina latihan untuk anak muda, itupun nak dirampas Pusat-pusat Giat MARA ini dan diambil tanah-tanah tersebut.

Kita akui tanah itu memang milik kerajaan negeri, tapi takkanlah tidak ada hati perut langsung untuk nak bincang dengan kerajaan persekutuan atau MARA,  tentang nasib pelatih-pelatih Pusat Giat MARA ini," ujarnya lagi.

Difahamkan arahan untuk menutup GiatMara dibuat menerusi satu surat yang dikemukakan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak kepada pengurus pusat latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkenaan yang bertarikh 2 Disember tahun lalu.

Dalam surat tersebut, kerajaan negeri memberikan tempoh kepada pengurus pusat latihan itu untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,396 kaki persegi yang diduduki  pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.


Malah, kerajaan negeri turut memberikan amaran akan mengambil tindakan terhadap pengurusan pusat latihan terbabit tanpa sebarang notis atau ganti rugi di bawah Kanun Tanah Negara 1965.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    12:49 PM

    Nak tengok kerajaan negeri yang diperintah UMNO berani tak halau kilang-kilang haram, kebun-kebun haram dan pendudukan tanah lain secara haram di negeri mereka.
    Masa beri amaran dah habis, sekarang masa bertindak, api lawan api. Jangan tunggu kes ini reda kerana tindakbalas segera senang dipertahankan. Jika mereka bantah, tanya mereka kes GiatMARA ni...
    Tapi kalau UMNO kecut jugak,..selamat tinggal UMNO...

  2. Anonymous
    12:55 PM

    HARI INI AKU HAPPY.
    PEMUDA UMNO MULA BERSUARA DAN TURUN PADANG.
    A GOOD STAR.
    KALAU INI CARA NA AKU AKAN SOKONG UMNO SEMULA.......PEMUDA UMNO MULA BERTARING.

Post a Comment