Mereka digelar samseng bolasepak hanya kerana dikatakan berpakaian
bagai puak holligan/firms luar negara yang sering mencetuskan huru-hara dalam
perlawanan bolasepak. Mereka dikatakan angkuh dan bongkak serta tidak punya
semangat kesukanan kerana kononnya mereka lebih suka terlibat dalam pergaduhan.
Mereka juga dikaitkan dengan apa sahaja yang negatif seandainya berlaku perkara
yang tidak elok samada didalam mahupun luar stadium.
Tetapi adakah anda mengenali siapa Inter Johor Firms (I.J.F.) yang
sebenarnya? Tahukah anda akan bagaimana mereka berjuang demi keselamatan anda
sebagai penyokong Johor? Pastikah anda bahawa setiap kekecohan itu bermula dari
mereka sendiri? Atau benarkah mereka ini memang benar-benar pertubuhan samseng?
Sumber yang kami kenali pernah memberitahu bahawa I.J.F memang
meniru kumpulan holligan/firms luar negara tetapi bukanlah 100% sehingga segala
yang negatif turut diikuti. Mereka juga adalah peminat bolasepak Johor Darul
Ta'zim yang mengikuti hampir setiap perlawanan bolasepak yang membabitkan
Johor. Mereka juga adalah benteng bagi pasukan penyokong Johor sebagaimana yang
berlaku di Stadium Lumut, Perak dan juga Stadium Darul Makmur, Pahang pada
tahun lepas. Itu pun sekiranya ada antara anda yang masih mengingati peristiwa
tersebut.
Kini mereka sekali lagi dikaitkan dengan aktiviti samseng
bolasepak dimana jika dikaji semula dari sudut logik, banyak perkara yang tidak
sepatutnya mereka yang dipersalahkan. Dimana pula kita ketika mereka perlukan
sokongan dari kita? Mereka dibenci oleh penyokong luar itu tidak mengapa,
tetapi jika penyokong Johor juga mempersalahkan kehadiran mereka... itu
bermakna anda belum mengenali siapa mereka sebenarnya!
Pesanan mereka hanya satu...
NO ONE LIKE US, WE DONT CARE
Photo : The Photoshooterz
4:17 PM
syok sendiri...buang masa... baik buat OT.. dpt duit lebih.. yg join bnd2 mcm ni jenis terlebih masa lapang..haha
7:17 PM
Baik join benda mcm ni dpd gi join demo yg Bkn2...duduk baring atas jln duduk berdiri tepi jln utk soking peliwat...banganag