PRK Kajang: BN Jangan Lagi Gunakan Kempen Politik Pembangunan - GAPS


Gagagan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini menyarankan kepada Barisan Nasional untuk beralih skop kempen di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Kajang, 23 Mac ini, agar tidak lagi menggunakan kempen politik pembangunan seperti sebelum-sebelum ini.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, salah satu contoh kempen politik pembangunan seperti kenyataan dan pengumuman Menteri Kesihatan baru-baru ini untuk pembinaan RM10juta Hospital di Kajang.

“BN kini tidak perlu lagi konsep politik pembangunan kerana rakyat dan pengundi khususnya di Kajang, kawasan bandar yang mahu melihat perjuangan idealisme seperti yang dimainkan oleh pihak pakatan pembangkang khususnya PKR.

Setiap hari pihak pakatan membongkar kesalahan dan kelemahan BN sebaliknya BN masih malu-malu untuk membongkar kesalahan dan kelemahan pihak pakatan pembangkang, BN masih malu-malu untuk membongkar segala penyelewengan yang berlaku khususnya dalam kepimpinan kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh pakatan PKR-DAP dan PAS,” ujarnya.

Ujarnya, abad ini yang banyak dipengaruhi media maya yang mana ianya sesuatu yang mudah ‘dibeli’ oleh rakyat dan pengundi.

“Namun, di sinilah kelemahan BN yang tidak menggunakan sepenuh kelebihan dan kepentingan medium media maya dengan sebaiknya.

Setiap hari, Menteri, Kementerian dan dasar-dasar kerajaan difitnah dan diperlekehkan melalui media maya oleh cybertrooper pihak pakatan, sebaliknya di kementerian tidak ada satu unit pun yang melibatkan media maya ini dalam menangkis segala fitnah yang dibuat ke atas kementerian, dasar-dasar dan menteri terbabit.

“Yang ada hanya unit komputer dan unit multimedia yang langsung tidak berperanan dalam menangkis dan menyanggah, jauh sekali untuk mempertahankan dasar-dasar, kementerian dan agensi-agensi terbabit dari serangan fitnah dan tohmahan pihak pembangkang,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan agar BN menggunakan politik idealisme dalam kempen di PRK Kajang, memandangkan kawasan Kajang merupakan kawasan Bandar yang mengutamakan perjuangan idealisme lebih-lebih lagi ia merupakan satu kawasan Bandar yang sudah ada segala-galanya hasil pembangunan oleh kerajaan BN selama ini sejak merdeka lagi.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan.

Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi selepas menewaskan lima calon lain pada PRU13.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian dan penamaan calon pada 11 Mac ini.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment