Amalan Nepotisme PKR Harus Sedarkan Pengundi Kajang


Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan keyakinan  bahawa pengundi di DUN Kajang Ibrahim bijaksana untuk menilai isu keputusan mahkamah terhadap Anwar Ibrahim kerana mereka tahu dalam negara kita ada sistem kehakiman yang sistematik.

Ujarnya, kes ini merupakan kes antara Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari, bukannya kes antara Anwar dengan kerajaan, bukannya seperti dakwaan pihak pembangkang kononnya keputusan mahkamah ini merupakan permainan UMNO dan Barisan Nasional.

"Ada tuduhan mengatakan keputusan mahkamah ini dibuat pada pilihan raya kecil, ini adalah satu perbuatan Barisan Nasional.

Itu adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab kerana kes beliau (Anwar Ibrahim) telah tertangguh berpuluh-puluh kali. Pastinya mahkamah ada pertimbangan sendiri dan hakim membuat keputusan berdasarkan pertimbangan perundangan, fakta, bukti yang ada dalam kes tersebur," ujarnya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Pusat daerah Mengundi Taman Mesra di sini sebentar tadi.

Tambahnya, pihak pembangkang nampaknya macam sudah kering modal sehingga kes-kes yang mendatang seperti kes keputusan mahkamah yang melibatkan Anwar Ibrahim, kes yang melibatkan Karpal Singh, dan isu kehilangan pesawat MAS MH370 digunakan juga untuk meraih simpati rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang ini.  

Kini, ramai yang sudah mempersoalkan mengapa Wan Azizah pula yang bertanding di DUN Kajang ini. Mengapa kalau Anwar tak boleh bertanding, mengapa dia mengamalkan sifat nepotism dalam PKR sedangkan mereka dulu pernah menuduh BN mengamalkan sifat nepotism ini.

"Inilah bukti bahawa merekalah yang mengamalkan nepotisma walaupun memang mereka ada hak untuk memilih calon mereka, tapi mengapa mereka tak pilih calon lain seperti memilih calon dari kaum Cina sepertimana sebelum ini, pasal kawasan ini pernah dimenangi oleh PKR dari kaum Cina.

Jadi, banyak perkara yang dilakukan oleh PKR ini seharusnya memberikan kesedaran kepada pengundi mengenai amalan serong ataupun songsang yang berlaku dalam parti PKR khususnya.


Waktu berkempen masih panjang, kita tak perlu terlalu yakin. Kita tahu kita underdog namun kita bertanding di DUN Kajang ini sebagai pembangkang, kita bukan kerajaan di Selangor, namun dari pengamatan saya ada perubahan yang berlaku amat mengalakkan dan ianya satu petanda yang baik kepada BN," ujarnya lagi.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment