Mungkin `Ada Yang Tak Kena' Pada Wan Azizah Hingga Jentera PAS Boikot Kempen PRK Kajang

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dazma Shah Daut mengakui kehadiran jentera PAS di dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ini bermula pada hari penamaan calon, 11 Mac lalu sehingga ke hari ini nampak tidak memberangsangkan, seperti ada yang tidak kena sehingga menyebabkan sikap dingin jentera PAS kali ini.

Tambahnya, kalau ada pun tak nampak mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu calon dari PKR, Datin Seri Wan Azizah yang merupakan Presiden PKR sendiri.

"Saya rasa ini disebabkan kemungkinan PAS sendiri yang tidak begitu setuju dengan calon yang ditampilkan PKR, kerana Wan Azizah ini bukanlah calon yang menjadi pilihan rakyat tetapi calon yang menjadi pilihan suami, Anwar Ibrahim.

Nampak gayanya, cara PKR berkempen dalam PRK Kajang ini lebih kepada meraih simpati untuk Anwar Ibrahim daripada memperjuangkan nasib rakyat khususnya di kawasan Kajang ini," ujarnya.

Tambahnya, untuk mereka menang dalam PRK Kajang ini, mereka menggunakan Wan Azizah kerana percaya ketrampilan Wan Azizah yang boleh meraih simpati rakyat untuk sama-sama memperjuangkan kezaliman yang kononnya kerajaan BN buat terhadap Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama, selepas 10 hari berkempen di Kajang, beliau nampak perubahan sokongan khususnya anak muda untuk menyokong BN dan mengundi Datin Paduka Chew Mei Fun pada 23 Mac nanti.


"Sumbangan jentera dan tenaga orang muda berpihak kepada BN," ujarnya lagi yang juga Pengerusi Biro Pekerja Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment