Bermuka-Muka ... "Depan Melayu Cakap Lain, Depan Cina Cakap Lain, Depan India Cakap Lain ......"


Wanita Barisan Nasional mengenalpasti pendekatan 'banyak wajah' digunakan oleh pihak Pakatan Pembangkang dalam siri kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan  Negeri Kajang.

Pengerusinya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berkata, dari laporan Jalinan Rakyat Wanita BN, mereka menggunakan pendekatan bermuka-muka, kat depan Melayu cakap lain, kat depan Cina cakap lain, begitu juga bila berjumpa pengundi India, nadanya tak sama.

"Ia berbeza dengan pendekatan yang dibawa dalam kempen BN, di mana sahaja kita pergi, hanya satu nada yang dibawa. kalau kita turun berjumpa orang Melayu, kita akan bercakap soal pembangunan negara, kemakmuran, kestabilan dan lain-lain. Kalau kita pergi berjumpa Cina, India atau mana pun, sama sahaja nada dan pendekatan yang kita bawa.

Kempen kita, ikhlas satu sahaja tapi mereka, tidak ada keikhlasan langsung. Ini saya dapat maklum balas  indari Wanita dan pengundi sendiri, inilah sandiwara mereka yang menggunakan pelbagai topeng.

Ini tidak ikhlas langsung, ini bila jumpa Cina, mereka nak bagi kesamarataan, akan hapuskan institusi beraja, bila jumpa India, mereka akan kata India tak dapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan, tapi bila jumpa Melayu pula, mereka akan kata jangan bagi peluang kepada bangsa lain. Di mana prinsip perjuangan dan kempen mereka ini," ujarnya kepada pemberita selepas melakukan walkabout ke Taman Sekamat, Kajang sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, Shahrizat yakin Datin Paduka Chew Mei Fun akan mendapat sokongan dari pengundi cina pada 23 Mac ini, kerana keputusan Kajang ini penting untuk menilai sokongan pengundi Cina kepada BN.

"Saya percaya pengundi Cina akan memberikan sokongan kepada BN kerana mereka telah memberikan peluang kepada PKR tetapi peluang itru telah dipersia dan dipersendakan.


Seolah-olah mereka boleh buat apa sahaja yang mereka nak. Kita pun dengar pengundi dah bosan kerana pemimpin pakatan ibarat pemimpin touch n go, bila tiba musim pilihan raya, timbul muka. Bila dah menang, hilang dan kalau nak jumpa, kena tunggu pilihan raya seterusnya,"ujarnya yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    4:02 PM

    pembangkang dapat bertahan dengan persepsi...menabur fitnah dan pakar dalam mempolitikkan segala isu...

  2. Anonymous
    5:14 PM

    Yg menyokong dan mengundi wakil rakyat pakatan pun sama berdosa tu pasal kena bala dan tak dapat rahmat negeri selangor ini hujan tak turun, air nak kering dan jerebu. Ini semua dosa dosa menyokong peminpin yg suka buat fitnah dan berbohong. Tak pernah jadi macam ni pada masa BN perintah selangor dulu.

Post a Comment