Wanita Barisan Nasional mengenalpasti
pendekatan 'banyak wajah' digunakan oleh pihak Pakatan Pembangkang dalam siri kempen
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri
Kajang.
Pengerusinya, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berkata, dari laporan
Jalinan Rakyat Wanita BN, mereka menggunakan pendekatan bermuka-muka, kat depan
Melayu cakap lain, kat depan Cina cakap lain, begitu juga bila berjumpa
pengundi India, nadanya tak sama.
"Ia berbeza dengan pendekatan yang dibawa dalam kempen BN, di
mana sahaja kita pergi, hanya satu nada yang dibawa. kalau kita turun berjumpa
orang Melayu, kita akan bercakap soal pembangunan negara, kemakmuran, kestabilan
dan lain-lain. Kalau kita pergi berjumpa Cina, India atau mana pun, sama sahaja
nada dan pendekatan yang kita bawa.
Kempen kita, ikhlas satu sahaja tapi mereka, tidak ada keikhlasan
langsung. Ini saya dapat maklum balas indari
Wanita dan pengundi sendiri, inilah sandiwara mereka yang menggunakan pelbagai
topeng.
Ini tidak ikhlas langsung, ini bila jumpa Cina, mereka nak bagi
kesamarataan, akan hapuskan institusi beraja, bila jumpa India, mereka akan
kata India tak dapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan, tapi bila jumpa
Melayu pula, mereka akan kata jangan bagi peluang kepada bangsa lain. Di mana
prinsip perjuangan dan kempen mereka ini," ujarnya kepada pemberita
selepas melakukan walkabout ke Taman Sekamat, Kajang sebentar tadi.
Dalam masa yang sama, Shahrizat yakin Datin Paduka Chew Mei Fun
akan mendapat sokongan dari pengundi cina pada 23 Mac ini, kerana keputusan
Kajang ini penting untuk menilai sokongan pengundi Cina kepada BN.
"Saya percaya pengundi Cina akan memberikan sokongan kepada
BN kerana mereka telah memberikan peluang kepada PKR tetapi peluang itru telah
dipersia dan dipersendakan.
Seolah-olah mereka boleh buat apa sahaja yang mereka nak. Kita pun
dengar pengundi dah bosan kerana pemimpin pakatan ibarat pemimpin touch n go,
bila tiba musim pilihan raya, timbul muka. Bila dah menang, hilang dan kalau
nak jumpa, kena tunggu pilihan raya seterusnya,"ujarnya yang juga Ketua
Wanita UMNO Malaysia.


4:02 PM
pembangkang dapat bertahan dengan persepsi...menabur fitnah dan pakar dalam mempolitikkan segala isu...
5:14 PM
Yg menyokong dan mengundi wakil rakyat pakatan pun sama berdosa tu pasal kena bala dan tak dapat rahmat negeri selangor ini hujan tak turun, air nak kering dan jerebu. Ini semua dosa dosa menyokong peminpin yg suka buat fitnah dan berbohong. Tak pernah jadi macam ni pada masa BN perintah selangor dulu.