Plaza Pelangi Sedia Ruang Sampaikan Mesej & Doa


Atas dasar keprihatinan, pusat beli belah Plaza Pelangi di sini mengambil inisiatif menyediakan ruang kepada pengunjung untuk menyampaikan mesej dan doa berhubung kehilangan pesawat penerbangan MH370, Sabtu lepas.

Pengurus kompleks itu, Ishraqi Shah Abu Bakar berkata kertas-kertas mesej yang digantung pada ranting pokok mula diletakkan di ruang legar kompleks berkenaan dua hari lepas dan akan ditempatkan sehingga pesawat itu ditemui.

"Tujuan kami menyediakan 'wishing tree' ini adalah untuk memberi peluang kepada peniaga dan pengunjung meluahkan rasa simpati serta kata-kata semangat mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ishraqi Shah berkata usaha tersebut juga merupakan cara pihaknya untuk berkongsi harapan bersama-sama keluarga yang terlibat dan setakat ini kira-kira  500 orang telah menyampaikan mesej dan doa mereka.

Beliau berkata pihaknya merancang untuk mengumpul dan membingkaikan kesemua kertas mesej tersebut untuk diserahkan kepada wakil Malaysia Airlines (MAS), di sini, pada Ahad.

            
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment