Elakkan Provokasi Melampau, Pastikan Pengundi Selamat Keluar Mengundi - Sohaimi


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Sohaimi Shahadan menyeru pengundi untuk turun mengundi esok kerana inilah masa yang dinantikan untuk warga Kajang menentukan wakil yang akan mewakili mereka untuk menyuarakan segala permasalan yang dihadapi kepada kerajaan.

Tambahnya, kita yakin pengundi telah matang dan menilai dari segenap sudut untuk membantu mereka mengundi calon pilihan mereka esok tetapi yang penting, keselamatan pengundi dari provokasi melampau dari kumpulan-kumpulan tertentu untuk menakut-nakutkan pengundi.

"Kita mendapat maklumat, ada undur-undur provokasi, ugutan melampau dan ancaman namun kita kita yakin kemampuan pihak Polis dan pihak berkuasa untuk mengawal, menjaga keselamatan dalam menentukan perjalanan pengundian sepanjang hari berjalan lancar dan teratur.

Kita harap anak-anak muda yang terlibat dalam kempen saat-saat akhir menghentikan atau menolak provokasi melampau atau ancaman-ancaman yang boleh mencetuskan kemarahan, mencetuskan pelbagai insiden-insiden yang tidak diingini kerana sepanjang 12 hari ini kita telah sama-sama berkempen dalam suasana yang aman," ujarnya selepas membuat lawatan ke bilik-bilik gerakan Jentera Pergerakan Sayap petang tadi.

Ujarnya, setiap parti telah menjalankan tanggungjawab masing-masing sepanjang tempoh berkempen jadi peranan terakhir jentera setiap parti ialah mengeluarkan seberapa ramai pengundi esok bagi mereka menentukan masa depan warga Kajang.

"Kita juga dengan sikap pihak-pihak tertentu yang membuat tindakan membaling cat merah ke poster dan billboard calon yang bertanding, merobohkan bilboard tersebut serta mengoyakkan poster calon, ianya satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun.


Jadi, pengundi jangan risau untuk keluar mengundi esok, kita jamin kewibawaan pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan pengundi yang keluar esok," tambahnya. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment