Malaysia Alu-Alukan Bantuan SAR Dari Negara, Organisasi Luar


Malaysia mengalu-alukan bantuan dari negara lain dan organisasi antarabangsa dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan di sini hari ini.

Kementerian itu mengucapkan terima kasih kepada negara yang terlibat dalam operasi berkenaan iaitu Vietnam, China, Amerika, Singapura dan Filipina, yang telah mengerahkan aset masing-masing bagi membantu dan menyokong operasi tersebut.

Katanya kerajaan juga memahami kesedihan dan kebimbangan para waris dan anggota keluarga mereka yang menaiki pesawat berkenaan.

"Kementerian ini akan memberi kerjasama penuh kepada semua perwakilan asing di Malaysia, yang rakyat mereka menjadi penumpang pesawat MH370," katanya.

Menurut kenyataan itu kementerian berkenaan membuka sebuah bilik operasi, yang boleh dihubungi melalui talian 03-88874570 atau e-mel dutyofficer@kln.gov.my.

Operasi SAR dilancarkan semalam selepas pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat berkenaan sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari

yang sama.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

Post a Comment