MH370: Petunjuk Baru Dikesan Di Lautan Hindi


Dua objek yang dikesan menerusi imej satelit Australia hari ini di bahagian selatan Lautan Hindi muncul sebagai petunjuk baru bagi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

Objek itu yang dikesan kira-kira 2,500km di sebelah barat daya bandaraya Perth, dilaporkan mungkin serpihan pesawat itu yang lenyap pada 8 Mac bersama 239 orang di dalamnya.

Penemuan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Australia Tony Abbott, awal hari ini di Canberra.

Beliau kemudian menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahunya tentang hal itu.

Abbott disebut sebagai berkata dalam ucapannya di Parlimen bahawa "maklumat baru dan boleh dipercayai telah muncul berkaitan pencarian itu... di selatan Lautan Hindi".

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dua objek itu merupakan "petunjuk yang boleh dipercayai" yang memberi harapan ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari ke-13 hari ini.

Beliau berkata, objek yang dikesan masih perlu disahkan sebagai mungkin serpihan pesawat berkenaan dan beberapa buah kapal telah dikerahkan ke lokasi untuk mengenal pasti objek.

"Ini memberi kita harapan. Selagi ada harapan, kita akan teruskan (operasi mencari dan menyelamat). Sebab itu saya kata mencari pesawat dan kotak hitam adalah keutamaan kita.

"Tetapi untuk berlaku adil kepada keluarga, kita mesti tunjukkan yang kita tidak putus asa," kata beliau di sidang media harian di sini hari ini berhubung perkembangan terbaru dalam pencarian pesawat berkenaan.

Australia telah menghantar pesawat P-3 Orion ke lokasi untuk mencari objek berkenaan, dengan tiga buah lagi menyusul.

Bagaimanapun, pesawat pertama yang tiba di lokasi menghadapi masalah untuk mengesan objek berikutan cuaca buruk yang menjejas penglihatan. 

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata pada Rabu bahawa Washington telah meletakkan pencarian pesawat MAS yang hilang itu dalam "keutamaan teratas".

Agensi berita AFP menyebut Obama sebagai berkata demikian dalam interbiunya dengan stesen televisyen Dallas KDFW di White House.

"Saya mahu memberi jaminan kepada mereka yang saya anggap ini prioriti
teratas.

"Kita telah menggunakan segala sumber yang ada untuk proses pencarian itu," kata presiden itu.

Boeing 777-200ER yang dalam penerbangan ke Beijing membawa 227 penumpang dan 12 kru, hilang kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.


Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.  
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    9:14 AM

    Yg. herannya kenapa MAS tak dikesan dr. awal, oleh satellite Australia mahupun pengkalan US di Diego GarCIA, walaupun CIA dah yakin MAS melintasi atau terhempas di Lautan Hindi sebelum ini! Disyaki cebisan pesawat kalau jumpa, dibawa dr. Diego Garcia spt. yg. telah diramalkan Cabal Times dlm 'poll' dan artikelnya, dr. awal lagi!

    Lihat pengkalan tentera US di Diego GarCIA telah membatalkan semua penerbangan selama 3 HARI pd. hari MAS hilang (walau pengkalan Diego GarCIA ini juga ada 2,000 pekerja bukan tentera contohnya kontaktor dll – tapi latarbelakang dan pergerakan pekerja-pekerja ini dan pelawat -pelawat ditapis/dikawal dgn. ketat, dan kenderaan bermotor persendirian tak dibenarkan; lihat di http://www.militaryinstallations.dod.mil/pls/psgprod/f?p=132:CONTENT:0::NO::P4_INST_ID,P4_INST_TYPE:930%2CINSTALLATION )!

    Maka, K’jaan kita JANGANlah nak PERCAYA sgt. si KAPIR DAJAL Intelligence FBI/CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat) (yg. sebenaqnya sudah dikuasai Mossad-Israel/ZIONIS)! CIA dan ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean serta PEMBANGKANGPELIWATSONGSANG, tak habis-habis nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi! Dan pi MAMPOSlah si DALANG-DUA-MUKA White HouseZIONIS itu!

    Lagipun, hairan betul media-media besar Barat-Zionis terutamanya CNN, tak lansung bangkitkan kenapa pengkalan militari US di Diego GarCIA ini, dgn. sistem satelit yg. pasti amat canggih, tak dapat kesan lansung MAS di RADARnya, kalau kononnya melintasi Lautan Hindi ke atas Kepulauan Andaman dari awal lagi!

    Sedgkn tentu pengkalan militari US ini akan memantau seluruh Lautan Hindi di RADARnya utk. kemungkinan ia disasarkan ‘teroris’ melaui laut atau udara, termasuk melalui peluru berpandu (yg. takkan ada radar pun). Tapi CIA/Pentagon sebelum ini tahu pula MAS dah ‘terhempas’ di Lautan Hindi – sekarg. dah nafi pula! Lihat di di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014; dan https://www.facebook.com/PeopleForTrueRuleOfLaw/posts/10203269067105644, A MILITARY HIJACK BY AMERICAN AWACS PLANES (over patent rights owned by a Rothschild)?; http://www.mazidulakmal.com/2014/03/diego-garcia-satu-kebarangkalian.html, DIEGO GARCIA : SATU KEBARANGKALIAN, Mac 20, 2014; dan http://musramrakunman.blogspot.com/2014/03/mh370-masuk-hari-ke-14-kehilangannya.html, MH370: Masuk Hari ke-14 Kehilangannya- Sebenarnya Amerika Tahu Di Mana Pesawat Itu, 20 March 2014; http://www.nst.com.my/nation/general/could-vital-info-be-down-under-1.520539, Could vital info be Down Under?, By HARIS HUSSAIN AND FARRAH NAZ KARIM, 19 March 2014 !

    Lihat di http://beforeitsnews.com/global-unrest/2014/03/flight-mh370-mystery-diego-garcia-suspended-all-flights-on-march-8th-for-72-hrs-2458394.html:

    Flight MH370 Mystery. Diego Garcia Suspended All Flights On March 8th for 72 hrs.

    March 19, 2014
    (Before It's News)

    By now, it should be obvious to people they are hiding something in Diego Garcia. The latest info just piles on top of a mountain of evidence that flight 370 is in a hangar in Diego Garcia.

    ….Notice they have completely erased all posts between March 6th, and March 9th. There is some very weird stuff going on down in creepy Diego Garcia, a place where the US operates completely independant of the constitution.

    Edit to add, here is a link to the Diego Garcia Passenger facebook page with the March 8th flight schedule. Notice all other flight schedules throughout the month all had several flights schedules. The fact that no flight were scheduled for 3 days during the time MH370 went missing, all maintenance crew most likely were off on leave. Great time to sneak in an aircraft.

    https://www.facebook.com/pages/Diego-Garcia-Passenger-Terminal/242934902443795

    Makcik Sambal Belacan.

Post a Comment