Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mempersoalkan rancangan sebenar
kerajaan Negeri Selangor untuk menangani krisis air di kawasan negeri Selangor
sendiri selain Wilayah Persekutuan.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, apakah rancangan
mereka, adakah mereka mempunyai pelan menangani krisis ini atau sebaliknya.
“Kita difahamkan sepatutnya Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan
sidang medianya mengenai isu ini hari ini tetapi telah dibatalkan selain akan mengadakan
mesyuarat esok bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri atau Jawatankuasa mereka.
Kalau ada pelan rancangan, tolong maklumkan atau kongsikan kerana
masalah krisis air ini bukan isu politik, ia dah jadi isu kemanusiaan. Air ini
merupakan keperluan asas kehidupan rakyat, tidak kiralah rakyat itu sokong
Barisan Nasional ataupun sokong pihak Pakatan.
Yang penting kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab kepada
rakyat untuk menangani masalah rakyat khsusnya dalam isu krisis air ini, jangan
berdolak dalik,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN.
Dalam masa yang sama ujarnya, Kerajaan Pusat sudah menawarkan berbagai-bagai
bantuan, termasuk menawarkan projek Langat 2 dalam menangani isu ini, tetapi
bagaimana pula pelan kerajaan Selangor untuk sama-sama menyelesaikan masalah
keperluan asas rakyat yang sudah berlarutan selama dua bulan ini.
“Kita dah dengar bermacam-macam seperti projek projek Hybrid off
River Augmentation System (Horas), gabungan konsep Off River Storage (ORS) dan
Horizontal Collector Well yang melibatkan sistem penakungan stormwater dari
Sungai Selangor (lebihan air daripada penggunaan loji sedia ada dan air
hujan) dan penakungan air bawah tanah. Jangan
cakap sekadar nak `melepaskan batuk di tangga’ tetapi rakyat yang akhirnya terpaksa
menanggung beban.
Saya berharap kerajaan negeri harus bertanggungjawab sepenuhnya
isu air ini, sebagai contoh bagaimana Datuk Seri Hishammuddin Hussein
menguruskan krisis MH370, beliau sendiri dengan begitu berdisiplin, komitmen,
berhadapan sendiri dengan pelbagai persoalan, pertanyaan, tohmahan untuk
sama-sama mencari jalan terutamanya dalam merungkai misteri MH370.
Tetapi dalam isu krisis air ini, saya tidak nampak bagaimana Tan
Sri Khalid mengambil tanggungjawab sepenuhnya, bahkan bila kali terakhir beliau
bercakap pasal program penyelesaian. Pencatuan air ini pun tak tahu bila nak
selesai,” ujarnya lagi kepada media sebentar tadi.
Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO mengajak rakyat Selangor,
pengguna air di Selangor dan Wilayah Persekutuan menggerakkan satu referendum
terhadap kepimpinan kerajaan Selangor, kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid
Ibrahim, mendesak mereka menyelesaikan masalah air ini.
“Apa gunanya beri air percuma, sedangkan tidak ada ada air. Janji
macam-macam pada manifesto pilihanraya, tetapi jika tiada air, apa maknanya,”
tambahnya lagi.
8:55 PM
Hahaha kena tipu hidup hidup yang undi pr, tu pun suka lg kene tipu bile bagi menang kt kajang...da kne tipu pun pecaya lagi, donia donia akhir zaman
10:47 PM
saya heran juga dgn pemuda Umno ni..awaq hang kecoh kecoh pasal apa...biaq pi la ada air ke tak de air ke..padan la muka orang selangor yg bangang dok undi PR tu....biar la dia settle sendiri...kalu la selangor dah dapat balik nanti baru la kita ambil tindakan....kalu dah 10 tahun dia orang tahan dgn kerenah PR..tak kan dua tiga tahun tak bolih tunggu sementara BN pula ambil tindakan
10:48 PM
mb selangor patut letak jawatan...
10:51 PM
ni lah masa nak bancuh sibangang2 tu.. trutama penyokong2 depa... biar depa tahu.. ini bola tangguang apalagi... libas lah...baru bernanah telinga pr..
10:53 PM
ckp brdegar2... jalan kerja tidak jgak..
11:07 PM
BN DOK BUAT APA TU? BOLA TANGGUNG BEB! JANGAN BUAT BODOH LA!
3:24 AM
BN buat apa? PR tu mangkok hayun siang malam hobi berceramah.. terutama kepala2 lembu PAS.. lepas tu usung karung derma.. kerja ceramah siang malam.. jd exco air liur jer.. skrg ni padan muka Selangor.. samseng sgt dgn Krjn BN..
demo tk henti2.. xcukup mandi pun bernafsu besar lg nk demoa 1 Mei.. mmg puak PR puak iblis..
elok sgtlah bala akan trun mcm2 lg di Selangor!!