Pemuda UMNO Perak Optimis Tawan Kubu DAP Di Parlimen Teluk Intan


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak akan membuat persediaan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan termasuk melakukan tinjauan mesra di kawasan itu.

Ketuanya, Hairul Anwar Mohd Nor berkata, kita optimis untuk BN kembali merampas Parlimen Teluk Intan ini memandangkan kita pernah memberikan khidmat terbaik di kawasan tersebut sebelum terlepas ke tangan pembankang pada PRU12 pada tahun 2008.

"Dalam masa yang sama, Pemuda BN Perak juga sudah bersedia sepenuhnya untuk digerakkan bagi membantu calon yang akan ditampilkan Barisan Nasional

Pemuda BN masih lagi dalam usaha meningkatkan sokongan pengundi muda kerana pada Pilihan Raya Umum lepas (PRU13), saluran muda di dalam kawasan ini tidak memihak sepenuhnya kepada BN.

"Jadi kita sedang usaha lagi untuk pengundi muda ini dengan pelbagai program sukan dan program lain yang diminati anak muda kerana ini adalah untuk kita usaha tingkatkan lagi sokongan pengundi muda terhadap BN," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Ipoh Timur.

Kerusi Parlimen Teluk Intan kosong berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng (DAP) meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya baru-baru ini.

Berikutan itu, pilihan raya kecil keenam bakal diadakan sejak pilihan raya umum berlangsung pada 5 Mei 2013.


Dalam pilihan raya umum itu, Seah mengalahkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 7,313 undi. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    3:00 PM

    Sebenar nya BN boleh menang di Teluk Intan jika orang melayu bersatu....Cina cuma ramai di kawasan bandar.

  2. Pemuda UMNO LIBERAL DAN PROGRESSIF LEMBIK DAN LEMBAB

Post a Comment