Kehilangan Datuk `Jabuk’ Amat Dirasai Penduduk Bukit Ibam


Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis merupakan pemimpin yang sukar dicari ganti, dan seorang pemimpin yang prihatin dengan masalah selain suka membantu rakyat yang menghadapi masalah.

Ketua UMNO Cawangan Bukit Ibam, Haji Mad Zambri Budin berkata, Allahyarham sangat rapat dengan masyarakat di Bukit Ibam ini, khususnya orang asli, dan kehilangan beliau amat dirasai dan dirasa sebagai satu kehilangan yang besar kerana masyarakat orang asli di sini menganggap Allahyarham ini sebagai bapa mereka sendiri.

“Kehilangan Allahyarham ini ibarat kehilangan punca, memikirkan pemimpin lain yang setaraf perkhidmatannya seperti Allahyarham Tan Sri.

Begitu juga dengan masyarakat Bukit Ibam ini, kalau Allahyarham Datuk Seri lama tak datang ke Bukit Ibam ini, mereka akana bertanya kepada saya mana perginya Datuk Jabuk (panggilan mesra masyarakat Bukit Ibam terhadap Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang bermaksud Datuk Jambang),” ujarnya ketika ditemui selepas di Balai Raya Bukit Ibam, petang tadi.

Dalam perkembangan sama, yakin dengan kemampuan calon BN, Datuk Hasan Ariffin juga merupakan seorang pemimpin yang baik, pemimpin yang berpengalaman dan seorang yang sangat dikenali masyarakat di Bukit Ibam.

“Beliau pemimpin yang cool, sederhana dan banyak berjasa kepada penduduk Rompin ini, sepanjang beliau beliau jadi ADUN Tioman selama dua penggal dan sebagai ADUN Bukit Ibam sehingga beliau menjadi Timbalan Menteri Besar Pahang.

Jadi jasanya juga banyak dan saya yakin Datuk Hasan akan mencapai kejayaan yang besar pada PRK Rompin pada 5 Mei ini. Saya Datuk Hasan akan meneruskan legasi kepimpinan Allahyarham Tan Sri Jamaluddin, khususnya dari segi pembangunan pelancongan dan pertanian memandangkan daerah Rompin ini memang terkenal dengan produk pelancongan dan pertanian,” tambahnya lagi. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment