PMB Tunai Tanggungjawab Sosial Tingkatkan Pencapaian Akademik Pelajar SK Muadzam Jaya


Pelaburan MARA Bhd (PMB) hari ini menyumbangkan peralatan menerusi program Kelas Abad ke-21 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Muadzam Jaya di sini petang tadi.
   
Pengerusinya, Dato’ Sohaimi Shahadan, berkata, sumbangan terbabit adalah sebahagian tanggungjawab sosial bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar di negara ini.
  
Beliau berkata, menerusi program yang julung kali diadakan itu, sekolah terbabit menerima peralatan seperti komputer, projektor dan skrin besar (LCD) yang boleh digunapakai untuk kesesuaian kelas pembelajaran abad ke-21.
  
"Bagi terus melonjakkan pendidikan negara, sektor ini perlu seimbang dengan perkembangan abad ke-21 terutama teknologi yang digunakan dalam sesi pengajaran di bilik darjah.
  
"Dua buah kelas di sekolah ini menerima sumbangan peralatan kelas abad ke-21 yang keseluruhannya berjumlah RM15,000. Kita berharap sumbangan ini boleh digunakan sebagai kaedah baharu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran murid," katanya.
  
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Kelas Abad ke-21 di dewan besar SK Muadzam Jaya di sini.
  
Majlis disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Turut hadir Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin.
  
Tambah Sohaimi, beliau yakin usaha PMB itu akan dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar terutama di luar bandar untuk bersaing dengan mereka yang tinggal di bandar.
  
Ditanya adakah sumbangan seperti itu akan diteruskan ke sekolah yang lain, katanya, program sedemikian akan berterusan di bawah program Pelaburan MARA Bersama Anda.


"Kita (PMB) melihat kepada keperluan, kalau diikutkan kepada permintaan sekolah banyak lagi yang diminta tetapi kita beri mengikut kesesuaian dan keperluan setempat," katanya.








Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment