Anggota UMNO Perlu Hindari Perkara Bawa Perpecahan Parti – Mahdzir


SIK, 14 Ogos – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menasihatkan anggota-anggota parti supaya menghindari perkara yang boleh membawa kepada perpecahan dalaman parti.
Beliau berkata sekiranya mereka mahu mengkritik atau menegur pemimpin, ia perlu dibuat mengikut platform yang betul.
“Contohnya, ketua cawangan dan ketua bahagian, ada platform bagi ketua cawangan nyatakan sesuatu kepada ketua bahagian…boleh berjumpa secara peribadi atau luahkan dalam mesyuarat melalui ucapan penangguhan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sik di sini, hari ini. 
Beliau mengulas laporan sebuah portal berhubung isu seorang anggota UMNO yang didakwa ditaja pihak tertentu untuk mengkritik kepimpinan Presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkataan kesat.
Mahdzir berkata sebarang bentuk teguran atau kritikan yang bertujuan menghina pemimpin tidak wajar dilakukan oleh anggota UMNO terutamanya yang bertujuan untuk mengaibkan dan memalukan.


“…jika ada usaha untuk sengaja menjatuhkan seseorang, pada saya itu sangat tidak baik. Bukan sahaja orang yang bercakap, tetapi orang yang menaja, jika betul dakwaan itu, ia sangat tidak baik untuk sebuah perjuangan,” katanya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment