Yang Nie Ada Sikit Lawak !!! Perhimpunan #AntiBersih Ditunda….


Sebagaimana tajuk artikel nie, bab tunda Perhimpunan Anti Bersih nie bagi aku, ada sikit lawak…. promosi bagaikan nak rak …. bila dah dekat tarikhnya…. penganjur kata nak tunda …

Sama macam satu lagi NGO pada bersih 2 ker atau Bersih 3 sebelum nie, akhirnya bersantai kat Tasik Titiwangsa sahaja …

Laporan media mengatakan bahawa Perhimpunan Anti Bersih 4.0 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Penganjurnya Datuk Jamal Md Yunos yang juga Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia berkata keputusan berkenaan dibuat setelah mendapat nasihat daripada pihak polis dalam satu perjumpaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang tadi.


Apapun tabik spring gak kat depa nie sebab ikut nasihat polis …. Nielah baru warganegara yang sayangkan negaranya, ikut undang-undang yang telah diperuntukkan …. Bukannya macam satu lagi pertubuhan yang tak sangat nak bersih tu ….. tak nak ikut peraturan negara langsung. 

Negara kita ada undang-undang, jadi sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara kita, mari sama-sama kita sepakat dan bersama #sehatisejiwa menjaga keamanan dan kemakmuran negara yang kita sayangi ini ....


Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment