Tindakan Ketua Pemuda MCA Memalukan - Nazir


Tindakan Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Senator Chong Sim Woon yang memberi kebebasan atau tidak menghalang sekiranya ahli-ahli Pemuda MCA ingin menyertai Perhimpunan BERSIH 4 yang dianjurkan oleh parti pembangkang merupakan tindakan yang cukup memalukan dan tidak bertanggungjawab.

EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, beliau yang dilantik menjadi Timbalan Menteri perlu lebih sensitif terhadap sebarang tindakan atau kenyataan yang ingin dikeluarkan. 

"Sebagai Timbalan Menteri dan pemimpin muda Barisan Nasional di peringkat Pusat sepatutnya lebih jelas dan tahu tujuan perhimpunan itu diadakan yang mempunyai matlamat untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional melalui perhimpunan haram. Adakah beliau tidak faham atau buat-buat tidak faham undang-undang serta kenyataan daripada pihak PDRM yang secara jelas menyatakan perhimpunan BERSIH 4 adalah tidah sah.

Ini bukan kali pertama beliau memberi kenyataan seolah-olah menyokong usaha yang dilakukan oleh pembangkang khususnya parti DAP yang jelas menjadi tulang belakang penganjuran BERSIH 4 kerana sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan DAP menyelar YB Dato’ Seri Ismail Sabri supaya digugurkan daripada Kabinet pada bulan Februari  lepas dan baru-baru ini sekali lagi mempertikaikan usaha kerajaan di melalui MARA yang mahu mewujudkan ‘Low Yat 2’ bagi membantu usahawan it dan telekomunikasi dikalangan Bumiputera," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, adakah Chong Sim Woonp percaya dengan cara tersebut boleh menarik semula sokongan pengundi Cina kepada MCA dan Barisan Nasional. Tindakan beliau ini seolah-olah menyokong perhimpunan BERSIH 4. Beliau perlu lebih bertanggungjawab dan mempelbagaikan usaha untuk menarik sokongan pengundi Cina khususnya golongan muda mereka bukan hanya melalui tindakan atau kenyataan popular seperti ini dengan bersekongkol dengan parti chaunivis seperti DAP yang amat memalukan.

"Sehingga hari ini, kita tidak melihat sebarang usaha daripada Pemuda MCA untuk mengembalikan keyakinan pengundi Cina walaupun telah terbukti mempunyai rekod yang buruk dalam dua siri Pilihanraya Umum sebelum ini. Adalah lebih baik beliau memberi fokus dalam membuat persiapan PRU14 bukan menjadi perosak kepada Barisan Nasional.

Saya meminta agar beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri sekiranya tidak faham tugas dan peranannya kerana pemimpin ini tidak ubah dilihat  seperti ‘ada tidak menambah, tiada tidak pulak berkurang’. Presiden MCA juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pemuda MCA Kebangsaan supaya kita tidak mahu kesepakatan dan semangat setiakawan dalam Barisan Nasional yang dibina selama ini dirosakkan oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab seperti Chong Sim Woon," tambahnya.


Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment