imageBiarpun misi tersebut tidak mudah kerana JDT bakal berdepan kelab Tajikistan, Istiklol di depan penyokong mereka sendiri, namun tonggak pertahanan Harimau Selatan, Mohd. Aidil Zafuan Abd Radzak percaya, tiada yang mustahil untuk dilakukan jika dia dan rakan-rakan mampu memberi aksi terbaik di Dushanbe.
Katanya, JDT sudahpun membuktikan kehebatan di peringkat domestik dengan merangkul kejuaraan Liga Super dua musim berturut-turut, kini tiba masanya mereka membuktikan pula keupayaan bersaing di peringkat lebih tinggi dengan menjadikan Piala AFC sebagai sasaran.
“Bagi saya, mara ke final sebenarnya adalah satu bonus kerana sasaran awal kami adalah untuk pergi sejauh yang boleh.
“Ia (layak ke akhir) adalah peluang yang mungkin hadir sekali seumur hidup, jadi alang-alang sudah menjejak kaki di pentas akhir, kami tidak boleh sia-siakan. Kami boleh mencipta sejarah baharu kalau menang di sini.
“Malah, sepanjang sesi latihan saya dapat lihat kesungguhan dan semangat tinggi dipamerkan rakan-rakan sepasukan..ini me­nunjukkan bahawa semua pemain dahagakan kejayaan sulung di pentas Asia,” kata Aidil ketika dihubungi Utusan Malaysia di Dus­hanbe, semalam. - Utusan