Pemuda Selangor Bidas Portal Pro Pembangkang Guna Video 2009 Untuk Sebar Fitnah



Kebebasan media perlu ada hadnya dan pihak yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah perlu dikenakan tindakan tegas, termasuk membekukan permit penerbitan atau menyekat penyiarannya, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Muhammad Faizal Sufar.
Ini tegasnya termasuk laman web pro-pembangkang yang disekat penyiaran dan kini dikhabarkan sudah menamatkan operasinya, namun peristiwa tersebut tidak menjadi pengajaran buat sebuah lagi portal pro-pembangkang yang mana baru-baru ini menyiarkan rakaman video mengaitkan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor kononnya mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi melepaskan jawatan.
“Jelas ia merupakan tindakan terdesak pihak pembangkang untuk menjejaskan serta persepsi buruk kepada nama Perdana Menteri dan nama Pemuda UMNO Selangor.
“Jelas rakaman video tersebut bukanlah berlaku semasa Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan seluruh negeri Selangor baru-baru ini, sebaliknya ia merupakan rakaman video pada tahun 2009.
“Jadi apa sebenarnya matlamat, tujuan portal propembangkang ini menyiarkan rakaman pada tahun 2009 tetapi mengatakan ia berlaku baru-baru ini,” ujarnya.
Jadi, kebebasan media mana lagi yang mereka mahukan. Adakah berita palsu dan fitnah yang mereka siarkan ini sebagai lambang kebebesan media yang mereka perjuangkan?, soalnya lagi
Justerus tegasnya kerajaan perlu mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran bagi memelihara keharmonian nasional.
“Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen termasuk menyebarkan berita-berita atau video fitnah akan diambil tindakan,” tambahnya.
Beliau menegaskan, kerajaan perlu memastikan rakyat yang sedang menghadapi ‘cabaran kematangan’ sekarang tidak bersikap melampau selepas menikmati kemajuan pesat dalam landskap media dan organisasi berita.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment